Monday, 16 March 2020

Covid-19 : Malaysia Lockdown?

Terkejut aku bila buka Facebook je ada berita pasal Malaysia lockdown. Rasanya aku tengok berita tadi takda pulak berita tergempak ke atau berita khas pengemuman daripada Perdana Menteri pasal Malaysia lockdown.

Dah la Kementerian Kesihatan dah keluar statistik terkini ( 15 march 2020 ) bilangan yang terkena covid-19 makin meningkat. Dan Malaysia sekarang Negara ASEAN mempunyai bilangan mereka yang terkena covid-19 tertinggi.

Panik la kejap, risau dan bimbang tak payah cakap lagi la terasa. Bila aku refresh semuanya Facebook aku rupa-rupanya cerita pasal Malaysia lockdown tu PALSU. Aduhai, lega kau. 

Gila kau tak lega, aku tak boleh nak bayangkan jika Malaysia ni betul-betul LOCKDOWN. Korang nak ke? Aku memang tak la. Aku tengok negara yang kena lockdown pasal wabak covid-19 seksa gila kau hidup macam tu. Tapi jika la Malaysia memang tak boleh nak elak jugak terpaksa LOCKDOWN jugak, aku Dan korang terima la dengan redo je la ye. Demi kebaikan bersama.

Sekarang punya cerita sama-sama la kita berdoa moga wabak covid-19 ni dapat penawarnya. Pihak yang berwajib jugak aku tabik spring mereka siang malam berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah wabak covid-19.

Saturday, 14 March 2020

Ebook percuma daripada Irfan Khairi

Kali ni aku nak kongsi dengan korang Ebook daripada ikon jutawan Internet negara kita iaitu saudara Irfan Khairi. Ebook ini percuma, Iye PERRCUMA/FREE yang mana saudara Irfan Khairi nak bagi untuk semua orang yang ikut Facebook beliau.



Ebook ni tak perlu korang bayar satu sen pun, cuma download je. Rugi kalau korang tak download tau. Dah la benda free dapat pulak ilmu.

Alhamdulillah, siap juga buku saya yang ke-2 tahun ini "7 Teladan Perniagaan Saidatina Khadijah Khuwailid - Usahawan Wanita Terunggul!". Siri pemimpin usahawan Islam dimana ianya adalah PERCUMA UNTUK ANDA!

Kisahnya...

1. Alhamdulillah, awal tahun ini saya berpeluang ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama keluarga. Di tanah suci, terdapat petunjuk dari Allah SWT untuk menulis 3 buah buku pemimpin Islam kita, termasuk Usahawan Muslim Terhebat Saidina Abdul Rahman bin Auf (juga diberikan percuma!) dan Usahawan Wanita Terunggul Saidatina Khadijah Khuwailid. Dan buku-buku ini adalah percuma sahaja untuk mereka yang menjalankan perniagaan atau ingin memulakan perniagaan. Bukan untuk dijual! :)

2. Oleh kerana di Facebook saya, lebih ramai followers wanita berbanding dengan lelaki, buku ke-2 ini, di dedikasikan untuk usahawan dan bakal usahawan wanita sebagai teladan menjadi usahawan wanita hebat seperti Khadijah Khuwailid RA, isteri tercinta Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun, abang-abang sado boleh juga download, baca dan amalkan ya! Saya sendiri banyak belajar dan gunakan strategi perniagaan KHadijah Khuwailid RA membawa perniagaan saya ke peringkat global!

3. Siri buku pemimpin usahawan Islam yang ke-3... InsyaAllah saya akan mulakan very soon! Dan berikan saya lingkungan 1 bulan untuk siap ya. Agak-agaknya siapa pula? Sedikit clue... yang ke-3 ni, adalah yang paling best dan paling hebat. So, tunggu....

Walaupun buku-buku yang saya tulis ini mendapat inspirasi dari tanah suci, Mekah dan ianya percuma sahaja untuk anda, tetapi ada satu permintaan saya.

Niat saya menulis buku ini adalah untuk seberapa ramai usahawan dan bakal usahawan mendapat manfaat dari strategi perniagaan pemimpin-pemimpin Islam kita yang sangat hebat satu ketika dulu.

Oleh itu, saya juga perlukan bantuan anda untuk membantu syaa mencapai matlamat ini.

Iaitu, minta anda #viralkan ilmu dan kongsikan posting saya yang ini sebelum download buku tersebut boleh? InysaAllah boleh kannn...

Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, minta anda SHARE posting ini, dan dapatkan, baca dan amalkan "7 Teladan Perniagaan Saidatina Khadijah Khuwailid - Usahawan Wanita Terunggul!" di www.khadijahkhuwailid.com

Kisah BLENDER baru

Aku pun tak tahu nak cakap macam mana sebenarnya, nak kata bijak ada bodohnya hehehe. Nak kata cuai mmm memang cuai sendiri tak periksa sendiri. Aku akui aku dengan orang rumah aku tak periksa betul-betul. Akhirnya malu sendiri hehehe...nasib baik bukan depan-depan.

Kisahnya macam ni 2 minggu Lepas orang umah aku ada beli blender kat shopee,iye la blender dah rosak beli la yang baru kan. Alhamdullilah barang yang di pesan selamat sampai kat tangan. Takda lama dalam 4 hari selapas orang umah aku buat pesanan.

Dengan penuh semangat orang umah aku buka kotak blender baru, keluarkan blender baru sambil bercerita nak buat tu nak buat ni. Kemudiannya dengan penuh semangat jugak la orang umah aku cuba try test blender yang dia baru beli. Tapi dengan penuh kecewa blender baru tak boleh nak berfungsi. Mulanya orang umah aku ingatka tempat pencucuh elektik yang rosak, di cuba try test nya kat 3 tempat. Keputusannya sama blender baru tak berfungsi jugak.

Orang umah aku apa lagi kecewa la, dah la masa buka kotak tadi bukan main rancak bercerita nak buat tu nak buat ni. Nasib baik la blender baru masih ada jaminan iye la baru sampai kat tangan tak sampai pun 24 jam. Kalau takda jaminan aku rasa bergegar umah aku ni. Satu lagi blender yang orang umah aku beli ni bukan takda jenama ye.

Bila dah bungkus balik, aku pulangkan la kat seller balik. Apa yang menariknya aku tak perlu keluarkan duit untuk proses pemulangan blender ni. Semuanya ditanggung oleh pihak seller. Aku cuma bawak blender dan jugak kertas airwaybill je. Kertas airwaybill tu pihak pos akan ambil untuk diorang buat salinan bagi simpanan diorang dan untuk pos.

Hari ni setelah 4 hari aku pos, blender yang rosak tu dah dapat. Alhamdullilah cepat jugak pihak diorang buat kerje diorang.


Dapat je blender, pekara pertama aku buat cuba try test. Blender tak fungsi, aku hairan jugak tak kan la sama jugak. Pihak seller ni kencing aku dan orang umah aku ke, mula la aku nak "panas" ni. Orang umah aku suruh aku cuba mesin blender dengan jug yang diberi. Keputusannya blender baru berfungsi, alhamdullilah. Tapi kenapa kena guna jug baru ok tanpa jug tak berfungsi.

Baru la aku tahu sebabnya, aku pun sebenarnya pun baru tahu. Tu la orang kata pandai ada bodohnya. Cuba korang tengok dua gambar jug kat atas, apa yang beza kat 2 gambar jug blender tu. Yang pertama jug untuk blender baru dan satu lagi jug blender yang lama.


Blender yang baru orang umah aku beli ni ada suis keselamatan yang mana untuk buka suis keselamatan blender ni, jug perlu digunakan bersama blender baru la berfungsi. Kat mana kuncinya? Cuba korang tengok gambar jug blender pertama tu. Plastik yang berwarna putih tu la kuncinya.

PENSONIC rupanya dah upgrade, dah ada keselamatan. Aku tabik spring dengan apa yang PENSONIC buat. Jika di bandingkan blender yang rosak dulu, jenama yang sama tapi sekarang ada ada fungsi keselamatan.

Jadi aku dan orang umah la memang salah dah cuai tak periksa betul-betul ingatkan sama he blender baru ni dengan blender yang lama. Tu la kan kena akui jugak bodohnya. Takpa la pengajaran hehehe.

Friday, 13 March 2020

Takziah Jumaat : RIAK kah Kita ni


Aku bukan baik tapi aku nak jadi baik. Kata-kata ni aku sentiasa pegang dan jadi rujukan untuk aku. Iye aku ni bukan baik tapi aku nak jadi baik, aku nak jugak korang macam tu jugak macam aku nak jadi baik. Jika dulu masa muda atau suatu ketika dahulu kita tak baik, apa kata kita tinggalkan pekara yang tak baik tu sekarang kita buat pekara baik. Biar la orang tak pandang perbuatan baik Kita janji niat kita kerena Allah.

Hari ni aku nak kongsi dengan korang dengan sifat RIAK ni. Semua manusia ada sifat ni, tak kira la siapa pun. Cuma yang dapat membezakan antara kita ni samada RIAK ni boleh kita kawal atau tak, itu aja. Samada aku atau korang memang tak boleh nak nafikan atau nak tidakkan sifat RIAK ni. Bohong la jika kita ada dengar orang tu kata dia takda sifat RIAK ni.

Aku malas nak hurai dengan panjang lebar maksud RIAK ni. Aku rasa korang pun tahu kan. Cuma secara ringkasnya RIAK ni sifat suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat kepujian orang. RIAK ni boleh jugak di kembarkan dengan sombong. Memang dua sifat ni RIAK dan sombong tak boleh dipisahkan.

Dalam kehidupan kita ni, dua sifat ni akan sentiasa kita jumpa tak kira masa,tempat atau keadaan. Malah tak salah jugak aku tulis Kita pun termasuk buat dan ada sifat tu. Sedar atau tak itu kita sendiri yang tahu. Rumit? Tak ada yang rumit atau susah pun aku bukan nak suruh korang sentiasa check atau periksa setiap minat apa yang kita buat dalam seharian. Cukup la Kita faham dua sifat ni. Jika korang tak faham boleh la tanya yang lebih pakar. Senang cakap cari la ilmu. Aku sendiri pun masih lagi belajar secara langsung atau tak. Nabi Muhammad sendiri galakkan umatnya belajar betul tak?. 

Jadi tak rugi kita belajar kan. Jangan dah tinggal alam sekolah, kita dah malas nak belajar. Belajar ni berterusan dari kita lahir hingga la ke liang lahat.


Thursday, 12 March 2020

Covid-19 : Pro dan kontra kepada kita

Apa yang boleh aku katakan sekarang ni jaga diri dan keluarga korang. Aku bukan nak takutkan atau nak buat korang panik ke, tapi dengan gejala wabak Covid-19 ni sekarang adalah lebih baik kita semua ambik pangkah berjaga-jaga Dan beringat sebelum terkena. Jika boleh kurangkan ke tempat-tempat yang menjadi tempuan orang ramai. Bagi yang mempunyai anak bersekolah, minggu depan cuti sekolah aku harap korang bijak buat perancangan korang dengan anak bagi habiskan cuti sekolah diorang.



Aku sendiri pun ambik pendekatan pencegahan untuk aku sekeluarga, selain guna penutup mulut pekara kebersihan pun kena ambik Kira jugak. Sanitiser kena sentiasa ada baik kat rumah atau dekat dengan korang senang cakap korang kena sentiasa bawak.

.     Aku pun baru je beli petang tadi

Korang tahu kan semalam WHO ( pertubuhan kesihatan sedunia ) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik yang mana virus berkenaan telah menjangkiti lebih 118,000 orang di 114 negara dan meragut 4,291 nyawa, setakat ini, bahkan angka terbabit dijangka terus meningkat. Pandemik ini bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.

Kerana Covid-19 ini jugak korang pun sendiri boleh lihat kesannya pada ekonomi negara. Salah satu benda yang senang korang boleh lihat bekalan sanitiser dan topi penutup mulut kekadang putus bekalan. Ada sesetengah famasi takda bekalan untuk dua benda tu. Aku tak tahu la kenapa dan mengapa, aku malas nak ambik port.

Itu tak masuk lagi bagi mereka yang bekerja. Korang pun boleh baca kat syarikat penerbangan MAS telah mengarahkan 13,000 pekerja mereka ambik cuti 2 bulan tanpa gaji. Lepas apa lagi yang akan terjadi pun aku tak tahu.

Cuma aku berharap masalah COVID-19 ni ada penyelesaiannya dan penawarnya akan dapat ditemuai.