Monday, 2 January 2017

Moga Rezeki Mu Sentiasa Melimpah

Salam sejahtera,

Bagaimana dengan hari ni, harap semuanya ok. Walauapapun yang berlaku hadapi la semua tu dengan gembira.



Alhamdulillah dan terima kasih daun keladi kepada tuan rumah atas jemputan. Moga rezeki mu murah selalu ( maaf guna ayat kampung pulak ). Betul la orang kata rezeki yang kita dapat akan bertambah jika kita bersedekah. Kenapa la kita nak kedekut kan, kalau tak dapat banyak, sikit pun jadi la. Apa yang aku tulis pun untuk aku jugak, iye la takut aku ni mudah lupa pulak.

Sunday, 1 January 2017

SELAMAT TAHUN BARU




Selamat tinggal 2016, tiada apa yang nak aku coretkan peristiwa sepanjang tahun tersebut. Yang manis mahupun yang pahit biar la ia menjadi sejarah dan jugak pengajaran untuk aku. Untuk aku coretkan tentang kisah kejayaan, aku rasa itu jauh sekali. Kegagalan, aku rasa aku bukannya gagal cuma tersilap langkah sahaja.

Selamat datang 2017, aku harapkan tahun baru Ini akan memberikan satu kejayaan kepada aku. Aku rasa cukup la apa yang telah terjadi, aku tak nak ia berulang kembali.