Budak-budak zaman sekarang patut berbangga dengan kartun aka animasi yang dihasilkan sendiri oleh orang Malaysia kita sendiri. Siapa yang tak kenal dengan UPIN IPIN, EJAN ALI DAN BOBOIBOY. Bukan takat kanak-kanak je malahan orang dewasa pun terikut-ikut dengan 3 animasi tersebut.
gambar google
Kalau korang kata tak kenal atau tak tahu dengan 3 animasi tu, aku tahu la nak cakap lagi. Mungkin korang Dari planet lain kot. Selain 3 animasi tu Masih ada lagi animasi yang dihasilkan oleh orang Malaysia tapi tayangannya hanya setakat kat pawagan je la.
Tak seperti 3 animasi tersebut dimana ke3 animasi tersebut bermula dengan cerita bersiri yang ditayangkan di kaca television,sebelum beralih ke layar Perak.
gambar google
Seperti aku yang boleh dikatakan old school ni, aku tak akan lupa animasi Malaysia yang pertama. Jika korang Yang sezaman dengan aku mesti korang akan ingat kisah hikayat sang kancil. Iye la aku ingat lagi setiap petang aku akan tunggu kat depan tv nak tengok kartun ni. Zaman kanak-kanak masa tu mana la ada kartun Malaysia yang yang lain.
gambar google
Lepas itu baru la ada kartun super hero Malaysia siapa lagi kalau tak keluang man. Dan selapas tu boleh la dikatakan animasi Malaysia ni berkembang dan pelbagai menjadi pilihan untuk kanak-kanak zaman aku dan seterusnya.
Dan animasi tuah jugak tak silap aku merupakan animasi Malaysia yang pertama kat layar perak. Dan kutipan nya tak sama dengan apa yang animasi sekarang dapat. Malahan dikatakan animasi tuah filem yang gagal.
Aku sebenarnya bukan la nak btulis kisah sejarah animasi ni. Cuma aku nak ingatkan dan mengimbau kenangan animasi aka kartun yang dihasilkan oleh orang Malaysia sendiri. Iye tiada yang dulu mana nak ada yang sekarang kan.
No comments:
Post a Comment