Thursday, 20 February 2020

Aku rela lepaskan kau pergi...


Aduhai sedih memang sedih tapi dalam terpaksa aku lepaskan kau pergi. Amboi dah macam lagu la pulak kali ni kan, semalam bukan main luahkan perasaan pulak. Hari ni aku tulis ala-ala jiwang la pulak. Biasa la dalam hidup ni macam " nasi kerabu " tau, semuanya ada dalam " nasi kerabu " tu. Ada manis, ada masin, ada pahit ( ada ke pahit dalam " nasi kerabu ") dan macam-macam lagi la. Ko nak tahu lebih lanjut lagi korang beli la " nasi kerabu " tu sendiri, baru la korang tahu.

Ala itu perumpamaan aku la, korang perumpamaan aku tak tahu tetang hidup ni. Masing-masing punya perumpamaan. Cuma kehidupan ni macam tu, kalau korang baca atau dengar orang tua kita pun ada bagi perumpamaannya baik dalam bidalan,simpulan bahasa atau pun dalam perbualan mereka kan. Harap korang faham la ye.


Gambar google

Setiap yang ada kat kita bukan selalunya akan kekal kan. Walaupun sedalam mana sayang kita pada sesuatu bila tiba masa kita terpaksa lepasnya, tak kira la apa sebabnya cuma kita kena sedar ia tidak akan kekal. Kerana apa kita terpaksa lepaskan, itu aku tak tahu la korang punya sebab dan aku pun sebab berbeza. Cuma yang sama TERPAKSA LEPASKAN.

Aku bukan la nak buka aib aku sendiri, cuma aku nak tulis untuk peringatan aku sendiri. Aku dah banyak kali tempuh pekara yang aku sayang terpaksa aku lepaskan ni. Baik sebab aku sendiri mahupun keadaan. Cuma menyesal tu, iye memang menyesal jika sebab kita sendiri. Tapi nak buat macam mana ' nasi dah jadi bubur ', apa yang diharapkan iye jadi pengajaran tu je la.

Korang pulak itu korang tulis sendiri la ye, ini blog aku jadi ni cerita aku la ye...

Kekadang sesuatu yang terpaksa aku lepaskan tu, aku dapat la kembalikan semula jika diizinkan dan juga di limpahkan dengan rezeki. Itu untuk benda la, untuk yang bukan benda tu aku cuma kenangkan dalam doa je la. Berdoa moga diberikan kebaikan, itu yang termampu. Sebab ia tak akan kembali lagi.

No comments:

Post a Comment