Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya ).
(Dengan itu) Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu Dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ' Adn '. Itulah kemenangan yang besar. ( Terjemahan surah Saff 61:10-12 )
Rasanya dah lama aku tak buat review untuk buku ni. Iye la dalam bab baca buku ni aku bukan la diketegorikan orang yang rajin. Walaupun aku memang minat dengan buku tapi bab membacanya kekadang ke laut.
Ok la untuk buku kali ni, alhamdulillah aku dapat habiskannya dengan ketebalan buku yang boleh aku katakan tebal jugak iaitu 327 muka Surat.
Buku ni genranya lebih kepada motivasi yang mana di tulis oleh 2 orang penulis iaitu MOHD ZAINI MOHD ARIFF dan jugak MUHD KAMIL IBRAHIM .
Buku Usahawan Akhirat ni ditulis berpandukan jalan kehidupan dan jugak apa yang berlaku disekeliling penulis yang mana dioleh secara motivasi untuk mengajak pembaca buat persediaan ataupun bekalan ke 'sana'.
Dalam kehidupan dan umur yang kita ada sekarang ni, maut atau kematian tidak akan ada penangguhan. Bila-bila masa nyawa kita akan dijemput olehnya. Aku bukan nak berdakwah sebab aku pun bukannya baik tapi aku nak jadi orang baik. Aku cuma sampai nasihat bukan kat korang tapi untuk aku sendiri.
Aku kongsikan tajuk atau bab yang ada dalam buku Usahawan Akhirat ni...
Antara bab yang menjadi perhatian aku adalah bab MAAF entah kenapa aku sangat tertarik dengan tajuk MAAF ni.
Apapun aku sarankan korang untuk dapatkan buku Usahawan Akhirat kat kedai buku yang berhampiran dengan korang atau pun korang boleh beli secara online kat sini.
Ketahuilah kita ini umpama pahat yang memerlukan penukul untuk kita sedar dan begerak.
No comments:
Post a Comment