Apa pendapat korang dengan tajuk post yang aku tulis tu? Apa jawapan korang?. Pada aku sebenarnya tiada malu atau tak akan jatuh pun kejantanan lelaki bila seorang lelaki buat kerja rumah pun. Kenapa aku tulis macan tu?
Aku buat contoh senang je, korang dan jugak termasuk aku yang bergelar lelaki sebenarnya dah pun di ajar untuk buat kerja rumah ni dari kanak-kanak lagi sebenarnya. Cuba korang ingat-ingat apa mak ayah korang ajar kerja rumah pertama kali yang korang buat masa tu? Aku rasa setiap korang memang ada kan melainkan korang dilahirkan dalam dulang emas yang mana ada orang gaji atau maid.
Jadi bila dah berkeluarga ni tak kan la korang rasa kejantanan korang jatuh bila buat kerja rumah. Iye la tak kan korang basuh baju, basuh pinggang mangkuk, hatta memasak dan sebagainya tu dapat menjatuhkan maskulin korang kan.
Aku bukan nak kata atau nak angkat bakul sendiri iye sebab aku pun bukannya rajin ðŸ¤. Aku sendiri buat kerja rumah ni senang tulis tolong isteri dalam kerja-kerja rumah. Bila kita dah kahwin ni suami dan isteri kena la tolong menolong antara satu sama lain. Jangan pentingkan diri sendiri.
Jangan kita sebagai lelaki yang dah berkahwin semuanya letak kerja rumah ni kat bahu isteri. Tambahan lagi jika kedua-dua yang bekerja, pasti kedua-dua nya penat bekerja seharian tapi isteri bila balik masih ada lagi kerja yang perlu dibuat. Apa salahnya kan jika kita suami tolong isteri kita buat kerja rumah bila dah sampai rumah. Biar penat sama-sama, senang pun biar bersama.
Dalam Islam pun jika kita baca atau dengar tugas kerja rumah ni sebenarnya kita lelaki yang kena buat sebenarnya ( tegur jika aku yang silap ), korang sendiri pun jika baca sejarah Islam Nabi Muhammad SAW sendiri buat kerja rumah. Jadi kenapa pulak korang nak malu kan.
EGO, itu aku tak boleh nak cakap jika iye setinggi Everest. Tak kira dalam apa pun kehidupan jika EGO tu tinggi memang susah la terutamanya dalam bab nak buat kerja rumah ni. Aku nak buat ulasan tentang EGO ni aku bukannya pandai sangat. Cuma apa yang boleh aku tulis rendahkan sikit EGO tu dalam kita suami/lelaki buat kerja rumah ni.
Aku percaya jika korang buat kerja rumah ni bukan setakat korang dah dapat kurangkan beban isteri korang malahan kemesraan antara suami isteri akan lebih rasa manisnya.
Tapi untuk yang bujang pulak tak kan korang nak tinggal rumah korang yang dalam keadaan Kotor dan berbau kan. Maka suka atau tak korang kena buat jugak.
No comments:
Post a Comment