Wednesday, 7 April 2021

AYAM!!!...Loya Aku...


Pertama kali aku nak tulis kat sini aku bukan anti, aku bukan benci atau tak suka pada engkau AYAM. Kan kalau aku tak tulis pernyataan awal tambahan dengan tajuk blog aku ni tak pasal-pasal aku kena kecam ( ceh macam la aku ni artis 😁 ).

Terus terang aku kata kan aku ni boleh la kata aku ni jenis yang suka makan ayam tapi semuanya berubah dan boleh dikatakan aku pusing 360 darjah dengan ayam ni.

Semuanya berlaku bila aku dikuarantikan di pusat kuarantin di Terengganu. Iye aku dikuarantikan kerana aku disahkan positive termasuk jugak isteri dan jugak anak Aku. Tapi aku dan isteri serta anak aku dikuarantikan di tempat yang berlainan. ( Nanti aku akan tuliskan kisah seluruhan cerita dari mula sampai ke akhir macam mana aku sekeluarga positif covid-19 ni.)

Berbalik pada kisah aku dengan ayam ni, Sepanjang aku berada di pusat kuarantin tu aku bersyukur sebab aku bebas bergerak walaupun dalam kawasan yang telah ditetapkan. Tak la hanya aku duk dalam 'dorm' je seperti cerita yang aku dengar di pusat kuarantin yang ada kat Terengganu ni. 

Lupa pulak nak cerita kan tempat aku menjalani kuarantin ni merupakan pusat untuk para mereka menjalankan aktiviti motivasi tak kira la untuk para pelajar sekolah mahupun jabatan kerja baik kerajaan mahupun swasta.

Tempat yang selesa tu aku akui. Iye la tempat ala-ala seperti asrama sekolah. 

Ok untuk menu makannya aku puji ia memang sedap dah memang mewah dengan 4 kali satu hari. Pagi, tengah, petang Dan takda malam. Cuma bagi aku secara peribadi lauk untuk menu tak dipelbagaikan maksud aku tak di tukar seperti di tempat kuarantin yang lain di Terengganu.



Di tempat aku ni lauknya asasnya ayam dan sebab ini la aku jadi loya dah bila tengok lauk yang berasakan AYAM. Sepanjang 10 hari aku di pusat kuarantin menunya memang hanya berasas AYAM dan hanya sekali je aku dapat makan menu yang berlaukkan IKAN. Itu pun setelah di minta dan waktu menu tu sampai untuk makan tengahari.

Sekarang ni bila tengok atau makan sikit pun masakan yang ada asas AYAM aku akan loya dan jika aku terus kan memang muntah la jawapnya.

Itu la kisahnya kenapa aku tak suka AYAM... Jadi jangan kecam aku ye 😁.

No comments:

Post a Comment