Maaf ye jika gambar di atas mengewakan tapi yang penting kenikmatannya tak mengewakan. Ok tak ayat aku ni 😁. Aku harap ok la dengan cara aku tulis ni.
Berbalik kepada isu pokok yang nak aku sampaikan kat sini. Bagi korang yang tercari-cari bahan untuk berbuka hari ni apa kata korang cuba apa yang Pak Mus tawarkan ni. Aku jamin ia tak mengewakan korang.
Semuanya bermula daripada aku yang nak berbuka ala yang bakar-bakar tak kira la daging ke, ikan ke atau yang sewaktu denganya. Nak makan kat luar dah tak boleh dah sekarang bila kerajaan umumkan PKP entah yang kali keberapa pun aku tak tahu.
Jadinya aku suruh la orang rumah aku mulakan pencarian bahan untuk menu berbuka. Cari punya cari oleh orang rumah kesayangan aku maka terjumpa la page Pak Mus ni.
Untuk aku sekeluarga kami memilih marinated lamb sebagai menu bakar berbuka nanti. Dalam pek ni disertakan jugak dengan 2 jenis sos iaitu brown paper dan jugak danok SOS.
Seperti yang aku tulis pada awalnya memang tak mengewakan yang mana setelah dibakar dagingnya memang lembut tak liat ditambah pulak dengan adanya air asam.
Satu lagi masa bakar tadi walaupun hanya guna air fryer minyak dari daging akan keluar dengan sendiri nya. Jadi tak payah la nak sapu minyak bagai kat daging tu.
Walaupun hanya dengan satu lauk je tapi alhamdullilah aku tambah jugak 2 kali waktu berbuka tadi 😁. Mana boleh tahan kambing Bakar dengan air asam. Hero aku pun boleh tahan 2 ketul jugak dia makan.
Jika korang nak rasa apa yang ada kat Pak Mus ni korang boleh la klik kat sini.
No comments:
Post a Comment