Terus terang aku katakan aku bukan jenis yang suka layan cerita seram baik dalam Negara Malaysia mahupun lagi Negara luar. Tapi jika jenis seram komedi yang mana takda unsur-unsur yang dapat mendatangkan sakit jantung memang jadi pilihan aku.
Aku sebenarnya tak pandai sangat nak review bab cerita movie ni tapi aku cuba 😁 tambahan lama betul aku tinggalkan bab penulisan blog ni.
Ok kali ni aku nak kongsikan dengan korang cerita movie yang baru aku habis tonton dengan si hero aku. Cerita seram komedi daripada Negara jiran kita iaitu Thailand yang bertajuk DAENG.
Cerita DAENG ni kiranya sambungan daripada cerita movie seram yang popular Thailand iaitu Nang Nak.
Tapi movie DAENG ni mengisahkan anak si Nang Nak yang mana merindui ibunya. Plot cerita nya terus terang aku katakan sesuai untuk layanan sesi keluarga tak kira tua atau mudah memang boleh layan. Tahap seramnya memang takda langsung boleh mendatangkan sakit jantung.
Iye la cerita lebih kepada kisah budak-budak, mana nak datangkan sakit jantung kan. Yang pasti cerita ni aku suka sebab aku suka tengok sifat kekawan yang ditunjukkan oleh budak-budak dalam cerita DAENG ni. Tambahan pulak budak hantu dalam cerita ni yatim piatu tapi sifat ingin berkawan dengan budak biasa dapat melupakan kesedihan si hantu budak ni.
Plot kemucaknya tetap ada tapi aku tak nak tulis sebab tak syok la kalau korang dah tahu kan. Jadi kalau korang nak tahu korang boleh la bawak keluarga korang g layan cerita DAENG ni.