Sunday, 28 June 2020

Buli Kemana Kesudahan Ceritanya


Apa yang boleh aku tuliskan cerita tentang buli ni memang tak pernah ada kesudahan baik dulu hingga la sekarang. Cerita buli ni tak kenal bangsa,usia mahupun jantina dan tak salah jika aku katakan situasi buli bukan hanya di alam nyata malahan sekarang di alam maya.

Sedih, marah, geram semuanya ada bila baca cerita pasal buli ni. Walaupun dah ada undang-undang untuk mereka yang buli tapi kita nampak undang-undang yang ada bagai melepas batuk di tangga je.


Aku terfikir pembuli ni takda perasaan bersalah ke membuli orang? Adakah dengan membuli ni mengdatangkan kegembiraan kepada mereka yang membuli? Atau dengan membuli ni sebagai bukti kekuatan dan kekuasaan kepada pembuli?

Jika pembuli tu adalah pelajar? Bagaimanakah perjalanan pelajar ni bila dah tamat sekolah nanti? Adakah pelajar ni akan berubah dan sedar kesalahan mereka atau akan terus membawa perangai pembuli mereka dalam menjalani kehidupan mereka?

Pada mangsa buli pulak, aku cukup sedih dengan keadaan mereka dengan kesan yang mereka terima. Baik fizikal malahan mental mereka yang kena buli akan ditanggung oleh mereka yang dibuli. Kesan ini kekadang akan ditanggung seumur hidup mereka. Yang paling sedih, buli ini boleh mendatangkan kematian kepada mangsa.

Saturday, 27 June 2020

Sekolah Dah Buka, Orang Rumah Pun Sibuk


Pada 24 Jun 2020 sekolah telah bermula bagi para pelajar Tingkatan 5 Dan 6 manakala bagi para pelajar prasekolah, tadika, tabika baik kerajaan mahupun swasta akan bermula pada 1 Julai 2020.

Maka dengan ikut itu bermula la para cikgu kembali ke sekolah dan lepas ni takda la lagi orang mengata cikgu makan gaji buta betul tak 😁. Begitu la jugak dengan orang rumah aku dah bermula la sibuk dengan pelajarnya.

Sebenarnya dah 2 minggu dah pun sibuk sebelum sisi sekolah buka. Tapi korang jangan terkejut orang rumah aku ini bukan la cikgu seperti kat sekolah atau tadika.

Orang rumah aku hanya cikgu yang mengaja kat rumah je atau kata lainnya cikgu home tuition je. Iye cikgu home tuition yang mengaja para pelajarnya dari rumah sahaja.

Dah lebih 20 tahun dah orang rumah aku buat cikgu home tuition ni, tamat je belajar kat UPM orang rumah aku dah mula buat home tuition. Korang jangan ingat orang rumah aku tak belajar tinggi ye 😁 ijazah sains pemakanan lagi ye. Aku je la yang tak belajar tinggi, sedih gitu.

Korang mesti akan kata aku nak buat promosi kan, iye memang aku nak buat promosi untuk mereka yang tengah cari kerja atau nak buat duit. Tambahan lagi kepada adik-adik yang tamat belajar baik dari sekolah menegah mahupun lepasan universiti.

Orang rumah aku dah buktikan dengan lebih 20 tahun dah hanya kerja dari rumah je dengan jadi cikgu home tuition. Orang lain sibuk keluar rumah awal pagi untuk pergi kerja, orang rumah aku pulak petang baru bermula kerja dia.

Sebab itu kerja daripada rumah ni orang aku tak hairan sebab dia tengah buat dah menjadi punca pendapatan orang rumah aku. Terus terang aku katakan kita yang tentukan bila buat kerja daripada rumah ni. Dah la tak terikat dengan majikan atau pun bos, gaji pun kita boleh tentukan nak banyak atau sikit.

Bagaimana orang rumah aku boleh jadi cikgu home tuition ni semuanya bermula dengan hanya satu pertolongan je kemudian sampai la sekarang dah jadi satu kerjaya pulak sebagai cikgu home tuition. Tambahan orang rumah aku waktu tu baru je habis belajar kat universiti, jadi orang kata otak pun tengah fresh lagi jadi takda la masalah nak mengaja.

Cikgu home tuition orang rumah aku buat memang betul-betul buat kat rumah dan bukan mengaja dari rumah ke rumah ( ini pun salah satu cara cikgu home tuition ). Orang rumah aku hanya tunggu pelajarnya datang ke rumah.

Review Movie : My Secret Terrius


Kisah gunting dalam lipatan, itu yang boleh aku tuliskan sebagai mula bicara untuk kali ni. Ceh dah macam nak berpidato la pulak aku tulis. Ok sebenarnya itu yang sebenarnya sinopsis pendek atau short untuk gambaran aku tentang review movie aku kali ni.

Review movie ini sebenarnya dah tayang dah kat TV Malaysia tak silap aku tahun lepas 2019 jadi dapat la aku ikut dalam 2,3 episod lepas tu dah ketinggalan. Entah kat mana datangnya tiba-tiba je aku teringat balik kisah review movie aku ni, dengan gigih dan rajinnya aku tengok balik my Secret Terrius ni.

Sebenarnya aku dah jatuh suka dah bila pertama kali tengok cerita my Secret Terrius ni waktu ditayangkan kat TV. Pada aku walaupun hanya dapat tengok 2,3 episod je tapi jalan ceritanya menarik pada aku. Cuma dalam tahun ni je baru aku dapat tengok penuh.

My Secret Terrius adalah drama Korea bersiri yang telah ditayangkan pada tahun 2018. Kisah yang mana genrenya adalah aksi komedi di samping tu diselitkan jugak dengan babak romantik dan kekeluargaan serta jugak misteri ( yang ni korang kena tengok untuk tahu apa yang misteri ).

Kisahnya berkisarkan tentang Kim Bon atau Terrius seorang bekas ejen NIS ( National Intelligence Service ) menjalankan siasatan dalang atau pun pengkianat di dalam NIS yang mana telah menyebabkan kematian seorang pemberi maklumat dan merangkap sebagai kekasih kepada Kim Bon.

Dalam menjalankan siasatan, ia jugak telah menyebabkan Go Ae-rin yang mana seorang ibu tunggal dengan 2 cahaya mata kembar turut terbabit dalam siasatan Kim Bon dalam misinya untuk mencari dalang atas kematian kekasih beliau.

Friday, 26 June 2020

Biar Benar Walaupun Pahit

Setuju tak jika aku tulis dalam kehidupan kita maksud aku dalam kehidupan manusia susah nak cari yang benar atau betul lebih-lebih lagi dalam segi percakapan mahupun cerita. Mesti ada kebohongan atau kepalsuan.

Aku atau korang pun sama je kekadang terpaksa atau sengaja berbohong dalam menyampaikan cerita atau memberitahu cerita kepada seseorang. Alasan, itu hanya kita je yang tahu. Alasan tu jugak la yang akan mendatangkan kesan kemudian hari baik atau pun buruk.

Pahit untuk satu kebenaran walaupun terpaksa jugak luahkan tapi ada masanya baik di telan je pahit tu biar hanya kita je yang tanggung semuanya. Bukan tak nak di luahkan cuma terkenangkan kesan yang akan diterima. 

Aku atau korang pasti mengalami atau jugak sedang menghadapinya bak kata pepatah 'di luah mati mak di telan mati bapak'. Memang betul walaupun pahit kenapa nak telan jugak nanti badan jugak yang merana. Orang yang memandang hanya manis mulut je bercakap tapi alasan dan sebabnya hanya kita yang tahu.

Sunday, 21 June 2020

Ada Yang Perlu Dirahsiakan...


Kekadang kata-kata motivasi atau dengan kata lainnya kata-kata semangat kita perlu dalam kehidupan kita. Korang setuju atau tak aku rasa korang akan setuju jugak, cepat atau lambat itu aku tak boleh nak cakap.

Aku sendiri bukannya baik tapi aku nak jadi baik. Aku akui aku perlu jugak kata-kata semangat, iye la kita ni bukan sempurna kita ni ada pasang dan surutnya dalam bab kendiri dalaman Kita.

Aku sendiri akui aku suka baca ayat motivasi atau ayat yang boleh menaikkan semangat aku balik. Kekadang bila aku rasa 'down' bila baca ayat semangat ni insyallah aku semangat semula. Tak kira la dalam bahasa Malaysia atau dalam bahasa Inggeris ke jika boleh memberi semangat atau motivasi tak salah untuk kita ambik kebaikkan daripada ayat tu.