Sunday, 1 January 2023

Selamat Tahun Baru 2023


Selamat tahun baru 2023 kepada korong tak kira la kat mana korang sekarang ni berada. Takda apa yang nak aku tuliskan atau nak aku kongsikan pada hari pertama dalam bulan January ni.

Untuk azam tahun baru mmm.. aku memang takda berazam apa pun dan memang macam ni la aku setiap kali masuk tahun baru. Cuma seperti tahun-tahun baru sebelum ni aku harapkan aku sekeluarga berada dalam keadaan sihat dan apa yang aku sekeluarga buat akan berjalan seperti biasa.

Azam korang macam mana pulak?...

Saturday, 13 August 2022

Daeng si hantu yatin piatu...


Terus terang aku katakan aku bukan jenis yang suka layan cerita seram baik dalam Negara Malaysia mahupun lagi Negara luar. Tapi jika jenis seram komedi yang mana takda unsur-unsur yang dapat mendatangkan sakit jantung memang jadi pilihan aku.

Aku sebenarnya tak pandai sangat nak review bab cerita movie ni tapi aku cuba 😁 tambahan lama betul aku tinggalkan bab penulisan blog ni.

Ok kali ni aku nak kongsikan dengan korang cerita movie yang baru aku habis tonton dengan si hero aku. Cerita seram komedi daripada Negara jiran kita iaitu Thailand yang bertajuk DAENG.

Cerita DAENG ni kiranya sambungan daripada cerita movie seram yang popular Thailand iaitu Nang Nak.
Tapi movie DAENG ni mengisahkan anak si Nang Nak yang mana merindui ibunya. Plot cerita nya terus terang aku katakan sesuai untuk layanan sesi keluarga tak kira tua atau mudah memang boleh layan. Tahap seramnya memang takda langsung boleh mendatangkan sakit jantung.

Iye la cerita lebih kepada kisah budak-budak, mana nak datangkan sakit jantung kan. Yang pasti cerita ni aku suka sebab aku suka tengok sifat kekawan yang ditunjukkan oleh budak-budak dalam cerita DAENG ni. Tambahan pulak budak hantu dalam cerita ni yatim piatu tapi sifat ingin berkawan dengan budak biasa dapat melupakan kesedihan si hantu budak ni.

Plot kemucaknya tetap ada tapi aku tak nak tulis sebab tak syok la kalau korang dah tahu kan. Jadi kalau korang nak tahu korang boleh la bawak keluarga korang g layan cerita DAENG ni.

Sunday, 28 November 2021

Review Buku : Pseudoscience Watch


Buku ni dah lama dah aku beli dan buku ni jugak buku yang paling lama nak aku habis dan katam daripada mula hingga ke penghujungnya. Dengan ketebalan 281 muka surat aku ambik masa 1 Bulan jugak nak habiskan baca buku ni. 

Friday, 26 November 2021

3 Idiots...Antara Realiti Dan Fantasi


                               sumber Google

Dah banyak kali dah aku layan movie hindustan ni. Dulu berseorangan, lepas tu berdua dengan orang umah aku tadi aku layan dengan anak aku pulak 😁. Nak kata aku ni peminat tegar movie hindustan ni...boleh la kot 😁. Cuma sekarang ni dah kurang la sikit kot jika nak bandingkan masa aku sebelum kahwin kot.

Lantak la korang nak cop aku ni macam mana pun yang penting aku dengan anak aku seronok layan movie hindustan 3 Idiots ni.

Wednesday, 24 November 2021

Kita Dalam Era Endemik...Realitinya


Aku pun tak tahu nak tulis apa sebenarnya bila lihat tajuk macam ni kat media sosial. Yang mampu aku tuliskan disini aku sedih. Iye aku sedih, kita baru nak bernafas setelah 2 tahun kita ibarat bernyawa-nyawa ikan dengan apa yang berlaku.

Aku bukan nak salahkan peniaga bila ini terjadi. Kita termasuk pengguna memang marah bila semua ni terjadi. Nak tak nak kena jugak beli dan hadap.


Seperti yang aku tulis tadi aku tak nak ulas atau komen dengan apa yang berlaku. Cuma aku harap pihak kerajaan  pandang dan lihat la apa yang berlaku ni.