Sunday, 28 November 2021

Review Buku : Pseudoscience Watch


Buku ni dah lama dah aku beli dan buku ni jugak buku yang paling lama nak aku habis dan katam daripada mula hingga ke penghujungnya. Dengan ketebalan 281 muka surat aku ambik masa 1 Bulan jugak nak habiskan baca buku ni. 



Nak kata buku ni 'berat' sangat untuk difaham pada aku tak la sangat. Ayat yang digunakan pun bukan la seperti dalam bukan ilmiah yang korang nak belajar tinggi. Semuanya cukup mudah difahami ( iye ke mudah difahami 🤔 ).


Pseudoscience atau sains palsu dan Pseudoscience watch merupakan komuniti  serta tajuk buku ni adalah satu komuniti yang diwujudkan untuk melawan,menentang serta bersoal jawap kepada ahli, mereka serta komuniti yang menjadi doktor perubatan, professor,pensyarah, ahli sains dan sesiapa sahaja yang palsu. Itu serba sedikit ringkasan yang aku tiru atau kata mudah copy paste dari belakang buku ni 😁.

Sebenarnya buku ni diterbit dan mungkin ditulis ketika hangatnya kisah DAULA  atau kata lain para bidan yang tak bertauliah yang menjadi viral satu ketika. Ditambah pulak kisah para ibu atau pun keluarga yang nak melahirkan anak dirumah tanpa diawasi oleh para ahli perubatan yang diiktiraf.

Selain itu jugak buku ni menjawap personalan kepada para mereka terutama ibubapa yang menolok vaksin untuk anak mereka ( ketika buku ni ditulis wabak COVID-19 belum ada lagi ). Aku tak nak ulas lebih dalam bab vaksin ni dengan panjang lebar. Masing-masing ada hak.

Cuma aku sedih kenapa la mereka para ibu yang melahirkan anak kat rumah ni pilih para bidan yang tak bertauliah. Nak bersalin kat rumah bukan tak boleh pun tapi ikut la saluran yang betul. Melibatkan nyawa ni mereka boleh buat main pulak.

Dan terus terang aku bila baca buku ni yang tak menarik dan aku tak suka untuk para doktor tak kisah la yang datang ke hospital terutama golongan yang tolak vaksin ni untuk meminta rawatan. Rawat la jangan duk nak bagi syarahan atau marah. Tugas ko bagi rawatan. Memang ko nak marah tapi dah pilihan dia kalo ko tak nak rawat ko buat usur mintak pihak berwajib buat satu akta jangan bagi golongan yang anti vaksin ni datang hospital.

Aduhai terlebih emosi pulak aku 😁. Maaf ye tapi hakikatnya itu yang aku nak tulis ketidak puasan aku dalam aku baca buku ni. Ko nak setuju atau tak itu hak ko. Ini hak aku. Yang lain dalam buku ini aku boleh terima. 

Ok la untuk keseluruhan buku ni aku boleh puji atas usaha mereka yang menulis dapat membantu kita dalam memahami bab perubatan secara ringkas. Dan mungkin jugak kita dapat menerima jawapan untuk persoalan kita. Mana la kita tahu kan.


No comments:

Post a Comment