Apa khabar korang
sumber dari google
Macam mana dengan cara aku menulis ok ke atau tak ok? Pelik pulak rasanya aku tulis hari ni. Mana taknya tanya korang pulak cara aku tulis kali ni. Memang betul blog ni aku yang punya bukan orang lain pun, cuma... Apa yang aku terfikir boleh ke korang terima apa yang aku tulis tu, dengan ayat yang mungkin tunggang terbalik, bahasa yang bukan membina pun.
Entah bila aku fikir balik apa tujuan aku buat blog ni, nak jadi terkenal ke, nak buat aku jadi riak ke, nak buat aku bangga ke atau nak aku buat duit. Tengok hit line aku balik tu rasanya dah terjawap kot...harap macam tu akunya nanti. Aku nak menulis kerana aku suka dan bukan niat apa pun. Aku tulis daripada pandangan aku je.
Aku bukan tulis bukan nak jatuh sesiapa, aku tulis bukan nak kutuk sesiapa pun, aku tulis bukan nak hina sesiapa pun. AKU MENULIS KERANA AKU SUKA MENULIS. Aku nak luahkan apa yang aku fikir kat dalam otak aku ni.
Korang baca aku dah bersyukur sebab ada yang nak baca, kalau takda yang nak baca, aku tak berkecil hati atau terasa hati. Aku tetap macam ni, ada masa, ada kemudahan, ada kesihatan insya allah aku akan menulis kat dalam blog aku ni.
Terima kasih sekali lagi pada korang yang membaca blog aku ni, kalau ada komen tu komen la ye aku terima je, baik buruk tu belakang kira.
No comments:
Post a Comment