Hari ni aktiviti aku bawak si hero ni ke klinik kesihatan kat depan rumah aku ni. Iye la dah 2 hari batuk semalam dah mula selsema, mana tak risau tambahan pulak dengan gejala penyakit influenza A sekarang ni. Orang tua cakap beringat sebelum kena, mencegah sebelum parah. Jadi pagi lagi aku dan si hero aku ni ke klinik, nasib balik la depan rumah je.
Gambar google
Sampai je klinik gigi alhamdullilah orang tak la ramai, dan yang buat aku teruja klinik gigi ni dah berwajah baru dan bila dah baru suasana pun baru la kan. klinik pun sejuk,susun atur kerusi pun kemas alhamdullilah. Cuma aku je la yang tak ambik gambar nak tunjuk kat sini keadaan klinik gigi ni. Tapi takpa kalau ada rezeki lagi aku ambik gambar untuk korang ye.
Bila sampai masa dengan gagah berani ditambah pulak dengan keterujaan anak aku masuk untuk berjumpa dengan doktor. Alhamdullilah proses cabut kejap je dan dengan bangga si hero aku ni tak menanggis cuma takut sikit tu ada la bila tengok alat nak cabut gigi tu dan waktu nak letak ubat bius.
Iye ubat bius, korang ingat kanak-kanak nak cabut gigi ni takda ubat bius ke. Korang ingat orang dewasa je yang kena ubat bius? Tapi korang jangan la ingat ubat bius untuk kanak-kanak sama dengan kita pulak ye. Nak tahu korang boleh cari kat google.
Ok la dah lepas klinik gigi aku dan si hero ke klinik kesihatan pulak nak buat pemeriksaan dan ambik ubat. Kat klinik ni biasa la orang ramai, jadi masa menunggu tu lama la. Jadi nak bagi anak tak bosan apa lagi bagi Telefon la, bagi anak layan YouTube.
Aku la pulak yang bosan dengan klinik ni sejuk mula la mata ngantuk. Lupa nak bagi tahu korang klinik kesihatan ni pun suasana baru, keadaan nya pun baru. Jika sebelum ni klinik ibu dan anak di gabungkan sekarang dah di asingkan ke bahagian lain tapi masa lagi dalam kawasan yang sama. Jadi kurang la sesaknya.
Boleh dikatakan hampir 1 jam jugak aku dan si hero menunggu untuk kita korang di panggil. Bila dah jumpa doktor alhamdulelilah si hero takda tanda-tanda influenza cuma batuk Dan selsema biasa je. Dah jumpa doktor aku dan si hero tunggu untuk ambik ubat, nasib baik la kejap je tunggu.
Alhamdullilah selesai la kerja aku Hari ni, dengan klinik yang berwajah baru. Si hero pulak alhamdullilah gigi dah cabut dan bebas dari gejala influenza.
No comments:
Post a Comment