Aku pasti rakyat Malaysia pasti akan bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada Perdana Menteri Kita Tan Sri Dato Muhyiddin Yasin atas keprihatinan kepada rakyat.
Dalam perutusan khas yang telah Perdana Menteri kita sampai kan, beliau membentangkan ataupun bantuan yang kerajaan salurkan untuk meringankan beban kita rakyat Malaysia.
Pakej kerangka Inisiatif Tambahan PRIHATIN atau ringkas nya KITA PRIHATIN yang Perdana Menteri kita umumkan mensasarkan kepada :
a) golongan B49 yang berkeluarga dan bujang
b) golongan M40 yang berkeluarga dan bujang
c) golongan pekerja negara dalam pelbagai bidang,
d) golongan peniaga mikro dalam pelbagai bidang.
Apa yang pasti semua lapisan rakyat dapat memperolehi bantuan tambahan ini.
Bantuan Prihatin Nasional 2.0 atau BPN 2.0 akan dibuat secara dua ansuran yang pertama pada hujung bulan Oktober 2020 dan yang keduanya pada bulan Januari 2021.
Golongan B40 bayaran ansuran pertama bulan Oktober 2020 adalah sebanyak RM700 dan selebihnya pada bulan junuari 2021.
Kerajaan juga memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 untuk membantu syarikat yang masih terjejas. Dalam program ini ciri-ciri utama yang adalah :
1) Subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas, iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus beebanding tahun lepas,
2) subsidi upah diberi sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja,
3) Pemohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.
Kepada para peniaga mikro yang layak tapi tak sempat untuk dapatkan GKP kerajaan telah membuka semula Pemohonan GKP mulai 1 Oktober sehingga 31 Oktober.
Aku pasti dengan apa yang bantuan kerajaan saluran kan ini sedikit sebanyak dapat meringankan kehidupan kita dalam segi pembelanjan mahupun sebagai simpanan untuk kecemasaan.
No comments:
Post a Comment