Salam sejahtera,
Bagaimana dengan hari ni, harap semuanya ok. Walauapapun yang berlaku hadapi la semua tu dengan gembira.
Alhamdulillah dan terima kasih daun keladi kepada tuan rumah atas jemputan. Moga rezeki mu murah selalu ( maaf guna ayat kampung pulak ). Betul la orang kata rezeki yang kita dapat akan bertambah jika kita bersedekah. Kenapa la kita nak kedekut kan, kalau tak dapat banyak, sikit pun jadi la. Apa yang aku tulis pun untuk aku jugak, iye la takut aku ni mudah lupa pulak.
Terus terang aku katakan aku suka tengok orang yang macam ni, jenis yang pemurah. Malahan sabar walaupun dirinya disakiti baik secara kasar mahupun secara halus. Kekadang niat untuk menolong disalah ertikan.
Lumrah lah jika, kemarahan terlepas jugak. Kita ni manusia biasa yang ada kelemahan. Yang penting kita bangkit dan sedar kembali. Aku pun berharap begitu jugak.
Perut pun dah kenyang, jadi masa untuk balik. Maaf la aku bukan nya tak nak cerita aktiviti aku hari ni. Tambahan gambar pun lupa nak ambik, aku rasa tak best pulak kalau aku tulis je tanpa gambar. Jadi cerita yang akan datang aku serta gambarnya sekali ok.

No comments:
Post a Comment