Hari ni aktiviti aku bawak si hero ni ke klinik kesihatan kat depan rumah aku ni. Iye la dah 2 hari batuk semalam dah mula selsema, mana tak risau tambahan pulak dengan gejala penyakit influenza A sekarang ni. Orang tua cakap beringat sebelum kena, mencegah sebelum parah. Jadi pagi lagi aku dan si hero aku ni ke klinik, nasib balik la depan rumah je.
Gambar google
Sampai je klinik gigi alhamdullilah orang tak la ramai, dan yang buat aku teruja klinik gigi ni dah berwajah baru dan bila dah baru suasana pun baru la kan. klinik pun sejuk,susun atur kerusi pun kemas alhamdullilah. Cuma aku je la yang tak ambik gambar nak tunjuk kat sini keadaan klinik gigi ni. Tapi takpa kalau ada rezeki lagi aku ambik gambar untuk korang ye.