Sunday, 23 August 2020

Kisah Antara Dua Darjat

Dalam minggu lepas aku rasa korang pun tahu kisah yang menjadi viral dan sensasi dalam media sosial mahupun media cetak berkenaan dengan kisah hamba Allah ni.

Terus terang aku katakan aku memang marah dengan kerenah manusia degil macam ni, aku rasa korang pun ingat lagikan kisah anak menteri yang kena dakwa ketika PKPB dulu. Kisahnya sama tapi situasi je yang berbeza tapi intipatinya sama je iaitu Kisah antara dua Darjat.

Kekadang aku dah boring nak baca ataupun nak tulis tentang manusia jeles degil ni. Tapi itu la bila dah singgah lalu kat facebook aku nak tak nak kena baca jugak.



Aku luahkan kat dalam blog aku ni bukan la sebab aku pro politik dan untuk pengetahuan korang aku tak menyokong mana-mana politik ye. Bagi aku mana yang betul dan buat kerja dengan betul aku sokong, mana yang tak betul aku akan hentam.

Sama la dalam bab nak kawal COVID-19 ni, kerajaan kita dah mengeluarkan SOP dan arahan baik rakyat yang dalam negera mahupun yang balik dari luar negara. Pada aku kerajaan seperti ' ambik syarat je untuk mereka yang balik daripada luar negara ni.


Sepatunya kerajaan kena tegas arahan kuarantin ni, memang betul kerajaan percayakan rakyat untuk kuarantinkan diri sendiri di rumah bila balik daripada luar negara. Tapi pengajaan sebenarnya dah ada kat depan mata sebabkan... aku tak tahu la kerajaan ni ego atau apa.

Aku bukan hanya pandai je nak komen apa yang kerajaan buat tapi dalam bab sekarang ni kita semua berada dalam norma baharu, kita nak bebas daripada COVID-19 ni takda guna kita jaga kita, takda guna Malaysia dapat iktraf dunia dalam kejayaan kawal peningkatan bilangan mereka yang terkena COVID-19. Jika mereka balik daripada luar negara jadi penyebab kepada penyumbang peningkatan bilangan graf COVID-19.

Aku jugak naik menyampah bila waktu sekarang ni buat salah minta maaf. Kes Yang jadi viral minggu lepas hamba Allah yang patutnya menjadi contoh tauladan dan menjadi wakil kepada rakyat. Tapi degil dan marah pulak bila ditegur.

Akhirnya minta maaf dan akui salah, itu pun sebab ditekan ataupun diarah untuk minta maaf. Kemudian pulangkan gaji sebagai bukti minta maaf. 

Dimana keadilan atas kesalahan yang hamba Allah ni buat dengan meraka yang biasa-biasa buat. Apa keistimewaan hamba Allah atau yang sewaktu dengannya tidak dkenakan hukuman seperti rakyat biasa-biasa ni.



No comments:

Post a Comment