Dan satu lagi orang rumah aku ni bukan malas nak masak ye. Aku bukan nak puji orang rumah aku sebab aku yakin para ibu dan para isteri kat luar sana semuanya rajin dalam bab masak memasak ni. Tambahan pulak dengan kecanggihan teknologi sekarang semua resepi masak ada di hujung jari he.
Berbalik dalam bab masak ni memang para ibu dan jugak isteri termasuk la la orang rumah aku sendiri pening jugak untuk sediakan juadah untuk keluarga. Iye la menu makan harian, tak kan la nak buat yang sama je kan nanti jemu pulak.
Jadi orang rumah aku ambik keputusan buat tempahan kat online je la untuk makan tengahari kami sekeluarga hari ni. Maka menu pilihan kami sekeluarga pilih untuk ditempah adalah menu mamak je. Alah menu mamak pun bukan menu yang special pun hanya biasa-biasa je iaitu menu roti je. Ayat intro je yang lebih.
Aku pun bukan boleh dikatakan bukan la jenis cerewat dalam bab makan ni. Anak aku pun alhamdullilah dia pun senang dalam bab makan lebih-lebih lagi jika makan yang beli kat kedai.
No comments:
Post a Comment