Thursday, 27 May 2021

Vaksin Covid-19 Dah Jadi "Pisang Goreng" Dah...


Aku sendiri pun tak tahu nak mula macam mana nak tulis pasal ni dalam blog aku ni. Tulis dua tiga patah padam, tulis balik padam. Entah la nak kata Idea takda mungkin jugak kot atau jugak banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku ni.

Semalam 26 Mei 2021 kerajaan telah lancarkan tempahan slot temu janji vaksin astrazeneca untuk rakyat Malaysia yang mana bermula pukul 12 tengahari. Walaupun ada kelewatan masa tapi sambutannya memang boleh dikatakan Paris bak "pisang panas". 

Ramai jugak mereka yang tak dapat untuk buat tempahan dari website tersebut. Kecewa, sedih, marah itu la yang dapat aku baca kat media sosial apa yang mereka luahkan sebab kegagalan mereka untuk mendapat tempahan temu janji vaksin astrazeneca.

Kepada mereka yang berjaya aku nak ucapkan tahniah atas kejayaan mereka mendapat tempat temu janji.


Cuma yang jadi persoalan aku la apa jadi tempahan temu janji yang dibuat kat mysejahtera tu ye?...


Itu sebab aku jadi serba salah untuk tulis kat dalam blog aku pasal ni. Aku sokong dengan apa yang kerajaan buat tu tapi kenapa kena buat tempahan temu janji lagi sedangkan kita semua tahu kerajaan dah sediakan mysejahtera untuk kemudahan rakyat Malaysia buat tempahan.

Kenapa perlu ada lagi cara selain mysejahtera untuk buat tempahan temu janji vaksin lagi.

Jika korang tengok gambar kat atas aku rasa korang sendiri boleh fahamkan. Tak kan sebab dalam 3 hari kes baru covid-19 dah cecah 7ribu pihak kerajaan dah jadi kelam kabut nak semua rakyat Malaysia dapatkan sutikan vaksin. Maka kerajaan buat la satu lagi cara selain mysejahtera untuk tempahan temu janji vaksin.

Aku rasa untuk buat benda ni yang pastinya mesti melibatkan duit yang buat sikit aku rasa. Iye la nak buat sebuah website tempahan tu bukan ratusan ringgit mahu ribuan ringgit kot itu belum lagi kos maintenance nya lagi.

Aku rasa membazir je apa salahnya jika duit tu digunakan untuk Menambah baik sistem mysejahtera moga iyenya lagi lancar.

Aku rasanya cukup la aku tulis tu kan panjang lagi entah apa lagi yang aku tulis kan nanti ada pulak fakta yang tak logik di akal keluar dari fikiran aku ni.

Cuma aku mintak sangat korang #kitajagakita dan ikut la SOP. 



No comments:

Post a Comment