Monday, 14 June 2021

Hanya Rm16 Je 'Gelang Pintar' Aku Ni


Terus terang aku tulis kat sini dulu aku tak pandang sangat benda ni. Sebelah mata pun aku tak pandang, iye masa tu aku fikir nak buat apa dengan benda ni kat tangan walaupun aku tahu fungsinya.

Tapi dalam keadaan pendemik covid-19 sekarang ni baru la aku sedar betapa penting dan berfungsinya benda ni. Tambahan lagi aku sekeluarga pernah menjadi pesakit covid-19 positif. Maka nak tak nak kena beli la. 

Pada mulanya orang rumah aku nak cari jenis seperti gambar kat bawah ni je.

Tapi dengan bijaknya tambahan pengaruh kawan orang rumah aku yang baru beli jenis 'gelang' maka dengan bersungguh la orang rumah aku meneroka kat Shopee.

Apa lagi bermacam jenis dan harga la yang ada kat dalam shopee tu. Ada yang berjenama dan harga pun boleh tahan la jugak. 

Akhirnya jenis ni orang rumah aku menjadi pilihan hati.

Harganya pun alhamdullilah mampu milik hanya rm16 je tambahan dengan fungsi nya seperti kat dalam gambar bawah ni.

Untuk baterinya alhamdullilah boleh tahan 2 hari. Pada aku ok la tu sepadan dengan harga jika korang nak bateri yang tahan lama korang boleh cari yang mahal sikit insyallah bateri akan ada yang tahan 10 hari ke atas.



Dengan adanya 'gelang Pintar' atau jam pintar ni alhamdullilah dapat la aku monitor sendiri tekanan darah, deyutan jantung dan jugak kandungan oksigen dalam darah.

Sebelum aku menggunakan 'gelang Pintar'atau 'jam Pintar' ni aku perlu download aplikasi kesihatan kat dalam telefon Aku.

Dengan ada aplikasi kata dalam telifon dapat la untuk aku lihat balik sejarah kesihatan aku dalam satu hari,minggu, Dan bulan.

Jadi tak payah la lagi nak aku tulis setiap kali aku aktifkan mood kesihatan aku kat 'gelang Pintar' ni.

Selain nak monitor kesihatan aku artikel ini jugak menjadi penyebab aku sekeluarga untuk mendapatkan gajet ni.

Walaupun secanggih mana alat teknologi yang ada kita sendiri pun kena jaga kesihatan kita dan jugak SOP. Alat teknologi ni hanya sebagai pembantu kita sahaja seperti jam pintar yang aku beli ni. Korang kena ingat tu




No comments:

Post a Comment