Terus terang aku tulis kat sini aku lupa hari ni 16 Mei adalah hari guru. Iye la bila dah umur macam ni kekadang ada pekara yang aku lupa. Walaupun aku ada anak yang bersekolah tapi sekolah di waktu pendemik ni boleh jugak aku lupa 😁.
Hari guru ni bukan satu perayaan ye cuma hari yang mana di adakan untuk kita ingat malahan tak salah aku tulis hari di mana aku dan korang berterima kasih kepada para pengajar yang telah banyak berjasa mengajar kita semua.
Sebab itu la tugas guru ni tugas yang mulia. Dan jugak guru ni jugak menjadi sanjungan tak kira peringkat umur,bangsa mahu jantina. Cuma...korang sambung la sendiri. Aku bukan ada niat apa-apa pun dengan ayat gantung tu. Aku nak korang pakat-pakat fikirkan bersama dengan hari guru ni. Apa yang korang rasa, apa yang korang pendam itu terpulang hak dan hasil fikiran korang.
Satu lagi aku sendiri pun baru tahu kenapa 16 Mei ni menjadi pilihan untuk sambutan hari Guru setiap tahun kat Malaysia ni. Aku rasa korang pun sama macam aku kan.
Ok la ini aku ambik dan tambil balik dalam blog aku ni yang mana sumbernya ada lah dari sini.
Jadi, mengapa 16 Mei ditetapkan sebagai Hari Guru di Malaysia?