Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Saturday, 17 April 2021

Police Story 3 Super Cop Aku Bangga


Seronok jugak bila layan cerita dalam era 90an ni ye. Iye la mana taknya dalam era 90an ni, aku waktu ni kiranya remaja terang tang-tang lagi 😁. Baik aku atau korang yang sewaktu denganya pasti akan terkenangkan masa ni kan. Bak orang-orang puisi kata... Mengenangkan  nostalgia Kembali.

Ok la berbalik pada topik aku ni... Lupa pulak aku nak ucapkan terima kasih kepada TV3 kerana menyiarkan movie police Story 3 ni. Jika tak kerana badan penyiaran TV3 maka takda la diorang nak tayangkan movie ni.

Police Story 3 super cop filem aksi dari Hong Kong yang telah ditayangkan pada tahun 1990 yang di bintangi oleh Jackie Chan dan Michelle Yeoh sebagai watak utama. Apa yang membanggakan aku pada waktu tu KUALA LUMPUR menjadi salah satu tempat lokasi pembikinan filem dari Hong Kong ni.

Cuba korang tengok kat belakang tu. Bangunan yang menjadi salah satu ikon kebanggaan rakyat Malaysia sebelum adanya KLCC. Selain tu jugak seperti yang aku tulis mengamit nostalgia. Dalam filem police Story 3 ni boleh la jugak lihat uniform polis kita pada waktu tu.

Kepada korang generasi sekarang jika korang nak tahu itu la uniform atau pakaian polis kita pada waktu tu. Bukan rekaan tapi memang benar itu la uniform nya.

Banyak lagi keadaan yang atau senang aku tulis keadaan Kuala Lumpur pada waktu tu daripada segi kenderaannya, pakaian dan macan-macam lagi la. Orang yang pernah melalui waktu je akan terkenang kembali segala peristiwa masa tu. 



Apa pun masa tak akan dapat diundur tapi ia akan menjadi kenangan kepada aku dan korang yang pernah berada serta melalui nya.

Aku bukan nak tulis pasal intro atau ringkasan tentang filem ni. Aku nak tulis kenangan dan betapa bangga aku dengan filem ni tu je.


Friday, 28 February 2020

Kenangan lalu...


Orang tua ada cakap usah dikenangkan pekara yang lepas iya tak kan kembali. Apa yang nak ingatkan yang hilang akan tumbuh kembali, patah tumbuh hilang berganti. Betul ke? Bygone be bygones ( betul ke yang aku tulis ni ).

.                          Gambar google

Nak menyesal dah tak berguna. Menangis berair mata darah pun takda guna. Teruskan la kehidupan seperti biasa. Jangan pandang ke belakang tetapkan jalan ke depan.

Amboi, panjang pulak intro aku kali ni selalu terus terang je. Takda la nak Kona sana kona sini. Bak orang putih cakap straight for word je.

Ala apa yang aku tulis ni pun bukan untuk aku je korang pun terkena jugak. Yang pasti bila, waktu, masa dan ketika tu aku tak tahu. Kita akan hadapinya, kita akan tempuhnya dan kita tak akan dapat lari. Korang nak kata tak semua tu, aku katakan korang bukan berpijak pada bumi yang nyata. Senang cakap korang menipu pada diri sendiri.

Tak salah kita ingat kembali masa lalu Kita dan kenanagan lalu. Sama dengan sejarah, kita kena belajar untuk masa depan. Sama la dengan masa lalu, kita boleh belajar. Cuma nak dengan tidak je.

Apa yang penting jangan terlalu emosi, kena move on. Jangan pisang berbuah dua kali. Niat kita untuk baiki dan perbetulkan mana yang salah. Kekadang kesilapan yang sama akan jugak berlaku. Move on iye kena move on, tapi cuba moga iye terjadi semula.

Aku bukan baik tapi aku nak jadi baik.