Saturday, 9 November 2019

Salam Maulidur Rasul


Apa kata dalam kita mengingati tarikh dan bulan kelahiran junjuangan besar umat Islam, Nabi Muhammad SAW. Aku rasa tak salah jugak jika kita kenal dan tahu perihal Nabi SAW.

Tak kan lah artis kau boleh kenal inikan pulak Nabi Muhammad SAW kau tak nak kenal jugak ke. Betul kat sekolah kau dah belajar tapi aku rasa bila kau dah tinggalkan alam persekolahan semuanya dah lupakan.

So apa salahnya kita semua termasuk la aku panaskan balik sejarah dah juga biodata Nabi Muhammad SAW. Mana la tahu Lepas ni kalau orang cerita atau orang mintak cerita kau atau aku sendiri boleh cerita kan.

Thursday, 29 March 2018

Untuk Diri Sendiri Dan Korang...


Apa khabar korang,

BILA UMUR MASUK 40 TAHUN
1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
.
2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang
🌼Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
🌼Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
🌼Jangan banyak bersenang kerana kematian semakin hampir.
3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat redha Allah.
.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
.
8. Jangan tamak dengan dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
.
9. Kata ulamak, aku dengar setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
.
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.

Salahkah Aku Menulis...


Apa khabar korang


sumber dari google


Macam mana dengan cara aku menulis ok ke atau tak ok? Pelik pulak rasanya aku tulis hari ni. Mana taknya tanya korang pulak cara aku tulis kali ni. Memang betul blog ni aku yang punya bukan orang lain pun, cuma... Apa yang aku terfikir boleh ke korang terima apa yang aku tulis tu, dengan ayat yang mungkin tunggang terbalik, bahasa yang bukan membina pun.

Entah bila aku fikir balik apa tujuan aku buat blog ni, nak jadi terkenal ke, nak buat aku jadi riak ke, nak buat aku bangga ke atau nak aku buat duit. Tengok hit line aku balik tu rasanya dah terjawap kot...harap macam tu akunya nanti. Aku nak menulis kerana aku suka dan bukan niat apa pun. Aku tulis daripada pandangan aku je. 

Aku bukan tulis bukan nak jatuh sesiapa, aku tulis bukan nak kutuk sesiapa pun, aku tulis bukan nak hina sesiapa pun. AKU MENULIS KERANA AKU SUKA MENULIS. Aku nak luahkan apa yang aku fikir kat dalam otak aku ni.

Korang baca aku dah bersyukur sebab ada yang nak baca, kalau takda yang nak baca, aku tak berkecil hati atau terasa hati. Aku tetap macam ni, ada masa, ada kemudahan, ada kesihatan insya allah aku akan menulis kat dalam blog aku ni.

Terima kasih sekali lagi pada korang yang membaca blog aku ni, kalau ada komen tu komen la ye aku terima je, baik buruk tu belakang kira.

Wednesday, 28 March 2018

Aku Memang Tak Boleh Nak MOVE ON Lagi

Apa khabar korang,

Kalau korang rasa apa yang aku tulis ni negatif untuk korang, aku dengan hormatnya minta maaf. Terus terang aku tulis ni aku memang macam ni. Iye salah satu sifat yang aku cuba nak ubah tapi kekadang terbabas jugak. Walaupun aku dah baca buku motivasi, ikut nasihat malahan tengok video orang yang arif tentang motivasi ni. Aku masih jugak terbabas.

Memang aku tak boleh nak MOVE ON dengan manusia yang sifat macam tu ( nak tahu cuba baca ni ). Aku nak tengok muka manusia ni pun masih tak boleh MOVE ON lagi. Nasib baik aku tak maki, kutuk manusia ni secara depan. Aku tak buat macam tu lagi sebab seseorang yang sejukkan dan buat aku bersabar sikit. kalau tak dah lama aku buat.

Memang tak baik buat macam tu, entah la aku memang macam ni. Yang cuba berubah untuk menjadi manusia yang baik.

Untuk Diri Sendiri Dan Korang