Showing posts with label tahun. Show all posts
Showing posts with label tahun. Show all posts

Thursday, 9 April 2020

Covid-19 : Hikmah Yang Tersembunyi


Dalam Kita semua baik Malaysia mahupun seluruh dunia sekarang menghadapi wabak covid-19 ni. Kekadang kita lupa keadaan sekeliling kita sekarang ni. Iye la dalam kesusahan yang terpaksa kita hadapi sekarang, kita banyak mengeluh dengan kehidupan baik aku sendiri mahupun korang.

Perintah kawalan pergerakan yang entah bila akan berakhir, lagi la buat kita semua risau dengan nasib yang akan Kita tempuh di masa hadapan. Kekadang dengan keadaan sekarang ni, akal menjadi pendek. Mana taknya, kita dah lah diarah duduk rumah je. Nak keluar nanti kena denda pulak, dah la wang yang ada sekarang pun entah cukup entah tak jika PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) dilanjutkan lagi.

Aku tak nak tulis pasal kesusahan ke, pasal yang degil dan tak faham bahasa ke, atau yang negatif. Aku nak korang semua lupakan kejap semua tulis. Apa kata korang baca apa yang nak aku tulis ni.

Sejak berlakunya wabak covid-19 ni, keadaan sekeliling kita sedikit sebanyak ada perubahan. Perubahan yang aku maksudkan ni salah satunya Indeks udara kat Malaysia ni. Gambar kat atas tu menunjukkan keadaan udara di Malaysia.

Korang tak suka ke tengok Indeks udara kat Malaysia macam tu. Statistik tu menunjukkan apa yang tercatat pada 9hb April 2020 sehinggal pukul 12 tengahari. Walaupun tak semuanya hijau tapi jika kita bandingkan dengan apa yang berlaku sebelum ni. Aku rasa ini la yang terbaik sejak berlakunya wabak covid-19 ni.


Gambar kat atas tu pulak apa yang berlaku di Luar Negara. Pergunungan Himalaya dapat dilihat dari jarak 200km pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Terus terang aku katakan aku akan rindu dengan suasana ini nanti. Dan aku pasti ini semua akan menjadi sejarah untuk anak cucu Kita semuanya nanti.

Saturday, 29 February 2020

29 Februari tahun lompat


Hari ni 29hb Februari....

29 Februari , juga dikenali sebagai hari lompat atau hari lompat , adalah tarikh yang ditambah pada kebanyakan tahun yang boleh dibahagikan dengan 4, seperti 2016 , 2020 , dan 2024 . Hari lompat ditambah dalam pelbagai kalendar solar (kalendar berdasarkan revolusi Bumi sekitar Matahari ), termasuk piagam kalendar Gregorian di kebanyakan dunia. Kalendar Lunisolar (bulan-bulannya berdasarkan fasa Bulan ) sebaliknya menambah lompat atau bulan interkalari . [1]

Dalam kalendar Gregorian , tahun yang dibahagi oleh 100, tetapi tidak dengan 400, tidak mengandungi hari lompat. Oleh itu, 1700 , 1800 , dan 1900 tidak mengandungi hari lompat; tidak akan 2100 , 2200 , dan 2300 . Sebaliknya, 1600 dan 2000 pula dan 2400 akan. Tahun-tahun yang mengandungi hari lompat dipanggil tahun lompat . Tahun-tahun yang tidak mengandungi hari lompat dipanggil tahun-tahun biasa . 29 Februari adalah hari ke-60 kalendar Gregorian pada tahun yang sama dengan 306 hari yang tinggal sehingga akhir tahun. Dalam kalendar Cina, hari ini hanya akan berlaku dalam tahun-tahun monyet , naga , dan tikus .

Sumber Wikipedia










Saturday, 11 January 2020

Selamat tahu baru 2020


Dah masuk tahun baru 2020 dan ni post aku yang pertama untuk blog aku ni. Aku sendiri pun tak tahu apa yang nak aku tuliskan untuk post kali ni. Ok la aku rasa tak lewat lagikan untuk aku ucapkan selamat tahun baru untuk korang yang sudi baca blog aku ni.

Memang aku akui memang lama aku tinggalkan blog aku ni. Nasib baik la tak jadi bersarang je. Kalau tak aku pun tak tahu la. Aku rasa itu dulu la dulu ye, insyaallah aku akan cuba selalu kemas kini blog aku ni. 

Thursday, 29 March 2018

Untuk Diri Sendiri Dan Korang...


Apa khabar korang,

BILA UMUR MASUK 40 TAHUN
1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
.
2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang
🌼Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
🌼Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
🌼Jangan banyak bersenang kerana kematian semakin hampir.
3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat redha Allah.
.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
.
8. Jangan tamak dengan dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
.
9. Kata ulamak, aku dengar setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
.
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.