Showing posts with label Covid-19. Show all posts
Showing posts with label Covid-19. Show all posts

Thursday, 20 May 2021

Adakah Malaysia Akan "lockdown" Sekali Lagi


Sebenarnya aku dah malas dah nak tulis dah pasal COVID-19 ni tambahan lagi "lockdown" akan dibuat atau tidak keputusan hanya kita semua akan tahu esok selepas pak-pak menteri buat mesyuarat.

Aku secara peribadi tak tahu samada aku nak marah dan sedih dengan bilangan kes baru covid-19 yang mana dalam masa 2 hari bilangannya dah 6k. Memang aku sendiri mintak bilangannya terus sampai ke 10k ( lantak la korang nak kata atau nak komen apa pun dengan apa aku tulis tu ) sebab apa sebab PUNCA nya daripada kita sendiri.

Iye la kerajaan dah banyak kali dah bagitahu #kitajagakita tapi 'masuk telinga kanan keluar telinga Kiri ' dari mula pelaksaan PKP 2.0. Ikut SOP boleh aku kata kan kita memang  hancur. Entah la aku pun malas nak tulis panjang pasal ni. Aku rasa cukup la jika esok PKP 3.0 KITA semua hadap je la. Suka ke tak suka kita sendiri yang buat jadi macam tu.

Cuma aku nak korang dan harap pihak berkuasa jika baca blog aku ni... Aku kongsikan tulis hamba Allah ni untuk korang...



KUATKUASAKAN LOCKDOWN SEGERA

Melihatkan jangkitan covid-19 yang tak berpenghujung, saya fikir ada baiknya kerajaan kuatkuasakan “total lockdown” di seluruh negara selama 1 bulan mulai 20 Mei hingga 20 Jun 2021 dengan beberapa ketetapan berikut:-

1) Duduk Dalam Rumah. Benarkan hanya 1 orang untuk beli barang keperluan tak lebih 10 km radius. Siapa degil terus saman jangan  pilih bulu atau isi poket.

2) Beri kebenaran khas yang ketat kepada NGO dan komuniti tempatan untuk menyantuni kumpulan rentan yang terjejas. Saya percaya geng surau, kuil, gurdwara, pagoda dan gereja sentiasa bersedia membantu. Geng Pemuda Parti Politik juga dibenarkan membuat kerja bantuan tanpa menghebahkan memaparkan logo parti. Hati rakyat yang sedang gundah gulana mesti dijaga. Biar rakyat kenali kamu sebagai individu atau kumpulan yang berhati mulia bukan pemain politik yang meraih laba di kala bencana. JKM boleh diberi tugas mengetuai gerak kerja 2nd liner sukarelawan membantu frontliner yang pasti keletihan.

3) Perketatkan kawalan sempadan. Gerakkan sukarelawan, Sukarelawan Polis, SUKSIS, Wataniah, Pertahanan awam malah pasukan Pengakap untuk menyertai kawalan dan pemantauan lorong-lorong tikus seluruh negara. Tak perlu beri elaun, cukup sekadar sedikit “top-up” internet untuk mereka ambil gambar dan lapor kepada publik tentang pergerakan atau tingkahlaku individu atau kumpulan yang memasuki negara secara haram. Semua maklumat disalurkan kepada Ibupejabat Polis Daerah untuk susulan. Keperluan makan minum tu inilah masanya parti politik, persatuan belia atau yayasan datang bantu.

4) Aktifkan mod “Bekerja Dari Rumah”. Majikan yang culas dan memaksa staf untuk datang bekerja akan dihukum. Selagi ada majikan yang paksa staf datang bekerja selagi itulah juga rantaian virus jahat ini tidak terputus. Bagi sektor penting yang “esssential” kenakan SOP ketat yang tak boleh dikompromi.

5) Tutup semua institusi Universiti, Kolej, sekolah dan pusat ibadah. Termasuk Tadika. Namun syaratnya semua pekerja dibenarkan Bekerja Dari Rumah. Bagi staf dan pegawai Frontliner yang terpaksa meninggalkan anak-anak kecil dan ibubapa uzur ia dipertanggangungjawabkan kepada agensi atau kementerian masing-masing untuk membantu. Contohnya wujudkan pusat jagaan khas sementara dengan bantuan Kelab Kebajikan Staf, Puspanita atau Persatuan Sekerja. Kos dari mana? kalau kerajaan tak ada bajet boleh saja semua staf kementerian buat sedikit sumbangan atau potongan gaji.

Saya tahu akan ada kesan ekonomi dan sosial serta mental. Namun pengalaman PKP 1.0 dahulu terbukti berkesan.

Kalau ada yang marah? Lantaklah nak marah pun. Sebelum ni buat apa pun rakyat pasti marah. Soal tak cukup makan waktu lockdown memanglah perit tetapi pasti ada saja insan mulia seperti Ustaz Ebiet Liew atau Uncle Kentang Kuan Chee Heng  atau King
Rizan Hassan atau Mokcik Jameyah Sheriff
yang bersedia membantu. Setakat yang saya tahu tidak ada rakyat yang lapar mati kebulur, setakat sengsara sekejap saat menanti  bantuan tiba itu biasa lah. Tapi rakyat yang mati kerana jangkitan Covid19 makin hari makin ramai. Jadi TOTAL LOCKDOWN  lah penyelesaiannya.

Sekarang kan waktu DARURAT. Buat sahajalah dengan tegas. Bukan Malaysia sahaja yang sedang susah. Satu dunia sedang lalui. Lebih baik kita lockdown sebulan berbanding kita derita 2 tahun lagi berterusan tanpa ketentuan.

Junjung Kasih. Patik mohon mencadang Tuanku!!!

Mohammed Maliki

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10226051142967712&id=1310813685

Tuesday, 18 May 2021

Baru La Rasa Raya...


Kata orang Raya Aidilfitri ni sebulan sambutnya sebab kita puasa pun sebulan 😁. Aku tulis tu copy paste orang ye bukan fatwa agama tau. Kan tak pasal-pasal aku yang kena.

Cuma aku boleh tulis macam ni je kita semuanya masih dalam mood Syawal ( betul kan aku tulis ) jadinya dalam mood Syawal yang masih ada ni ditambah pulak kita tahun ni kita sambut aidilfitri tak seperti tahun-tahun yang lepas. 

Hari ni orang rumah aku buat rendang daging dengan nasi impit beserta kuah kacang. Kata orang rumah aku selagi tak dapat makan 2 benda ni rasanya tak lengkap la Hari Raya Aidilfitri.

 
Patutnya 2 juadah ni kena ada pagi Raya tapi hari ni ( raya ke 6 ) baru ada kat atas meja rumah aku ni 😁. Ala sebenarnya bila-bila masa pun apa juadah yang ada pagi Raya tu boleh kita semua dapat,buat dan makan tak kira la waktu apa pun.

Tapi kita semua dah terbiasa dah sebenarnya dari dulu , kini dan insyallah selamanya. Seperti orang rumah aku kata " tak lengkap" 😁.



Ketupat, leman, antara salah satu juadah yang wajib ada kan pada pagi Raya. Jika tak buat sendiri aku dan korang akan beli betul tak. 

Cuma aku sedih 😢😢😢 dengan khabar angin yang mengatakan Kuala Lumpur dan Selangor akan lock down sebab bilangan kes baru covid-19 masih bertambah. Entah la bila angka kes baru covid-19 seperti dulu yang hanya 1 angka.

Monday, 17 May 2021

Hari Ni PdPR Bermula


Hari ni 17 Mei bermula la PdPR 2.0 kepada ibubapa yang mempunyai anak bersekolah. Aku pun tak berkecuali jugak 😁. Apa yang aku boleh tulis kat sini bertabah dan bersabar je dengan keadaan sekarang. Bukan aku mahupun sesiapa suka dengan pendemik covid-19 ni.

Untuk hari pertama PdPR 2.0 kali ni aku lihat ia teratur dan tersusun tak seperti PdPR yang pertama dulu. Iye la dah ada pengalaman yang dulu dan aku percaya para pendidik kita dah buat persedian yang terbaik untuk kali ni.



Dengan ada jadual untuk pembelajaran PdPR dan jugak group WhatsApps ini memudahkan para pelajar dan jugak ibubapa untuk memantau pembelajaran anak-anak.

Aku macam biasa la bukan nak tulis panjang bab PdPR ni biasa la ada kelebihan dan kekurangan. Apa yang penting pembelajaran anak-anak kita berjalan seperti biasa cuma bukan bersemuka je.

Sunday, 9 May 2021

Kambing Bakar Memang Tak Mengewakan..


Maaf ye jika gambar di atas mengewakan tapi yang penting kenikmatannya tak mengewakan. Ok tak ayat aku ni 😁. Aku harap ok la dengan cara aku tulis ni.

Berbalik kepada isu pokok yang nak aku sampaikan kat sini. Bagi korang yang tercari-cari bahan untuk berbuka hari ni apa kata korang cuba apa yang Pak Mus tawarkan ni. Aku jamin ia tak mengewakan korang.

Semuanya bermula daripada aku yang nak berbuka ala yang bakar-bakar tak kira la daging ke, ikan ke atau yang sewaktu denganya. Nak makan kat luar dah tak boleh dah sekarang bila kerajaan umumkan PKP entah yang kali keberapa pun aku tak tahu. 

Jadinya aku suruh la orang rumah aku mulakan pencarian bahan untuk  menu berbuka. Cari punya cari oleh orang rumah kesayangan aku maka terjumpa la page Pak Mus ni.

Untuk aku sekeluarga kami memilih marinated lamb sebagai menu bakar berbuka nanti.  Dalam pek ni disertakan jugak dengan 2 jenis sos iaitu brown paper dan jugak danok SOS.

Seperti yang aku tulis pada awalnya memang tak mengewakan yang mana setelah dibakar dagingnya memang lembut tak liat ditambah pulak dengan adanya air asam. 


Satu lagi masa bakar tadi walaupun hanya guna air fryer minyak dari daging akan keluar dengan sendiri nya. Jadi tak payah la nak sapu minyak bagai kat daging tu.

Walaupun hanya dengan satu lauk je tapi alhamdullilah aku tambah jugak 2 kali waktu berbuka tadi 😁. Mana boleh tahan kambing Bakar dengan air asam. Hero aku pun boleh tahan 2 ketul jugak dia makan.

Jika korang nak rasa apa yang ada kat Pak Mus ni korang boleh la klik kat sini.


Wednesday, 7 April 2021

AYAM!!!...Loya Aku...


Pertama kali aku nak tulis kat sini aku bukan anti, aku bukan benci atau tak suka pada engkau AYAM. Kan kalau aku tak tulis pernyataan awal tambahan dengan tajuk blog aku ni tak pasal-pasal aku kena kecam ( ceh macam la aku ni artis 😁 ).

Terus terang aku kata kan aku ni boleh la kata aku ni jenis yang suka makan ayam tapi semuanya berubah dan boleh dikatakan aku pusing 360 darjah dengan ayam ni.

Semuanya berlaku bila aku dikuarantikan di pusat kuarantin di Terengganu. Iye aku dikuarantikan kerana aku disahkan positive termasuk jugak isteri dan jugak anak Aku. Tapi aku dan isteri serta anak aku dikuarantikan di tempat yang berlainan. ( Nanti aku akan tuliskan kisah seluruhan cerita dari mula sampai ke akhir macam mana aku sekeluarga positif covid-19 ni.)

Berbalik pada kisah aku dengan ayam ni, Sepanjang aku berada di pusat kuarantin tu aku bersyukur sebab aku bebas bergerak walaupun dalam kawasan yang telah ditetapkan. Tak la hanya aku duk dalam 'dorm' je seperti cerita yang aku dengar di pusat kuarantin yang ada kat Terengganu ni. 

Lupa pulak nak cerita kan tempat aku menjalani kuarantin ni merupakan pusat untuk para mereka menjalankan aktiviti motivasi tak kira la untuk para pelajar sekolah mahupun jabatan kerja baik kerajaan mahupun swasta.

Tempat yang selesa tu aku akui. Iye la tempat ala-ala seperti asrama sekolah. 

Ok untuk menu makannya aku puji ia memang sedap dah memang mewah dengan 4 kali satu hari. Pagi, tengah, petang Dan takda malam. Cuma bagi aku secara peribadi lauk untuk menu tak dipelbagaikan maksud aku tak di tukar seperti di tempat kuarantin yang lain di Terengganu.



Di tempat aku ni lauknya asasnya ayam dan sebab ini la aku jadi loya dah bila tengok lauk yang berasakan AYAM. Sepanjang 10 hari aku di pusat kuarantin menunya memang hanya berasas AYAM dan hanya sekali je aku dapat makan menu yang berlaukkan IKAN. Itu pun setelah di minta dan waktu menu tu sampai untuk makan tengahari.

Sekarang ni bila tengok atau makan sikit pun masakan yang ada asas AYAM aku akan loya dan jika aku terus kan memang muntah la jawapnya.

Itu la kisahnya kenapa aku tak suka AYAM... Jadi jangan kecam aku ye 😁.

Monday, 5 April 2021

Gugur Jugak Air Mata Jantan Aku...


Betul la orang kata...

Kita tak alaminya kita tak akan tahu apa yang yang mereka rasa.

Begitu la jugak aku sendiri yang dah alaminya. Terus terang aku nak tulis kat sini air mata jantan aku gugur jugak dengan sendirinya bila melihat 2 orang kesayangan aku ni dalam gambar di atas tu.

Orang lain mungkin boleh tahan kot perasaan sedih tapi aku entah kenapa tak dapat tahan. Lebih-lebih lagi bila sebulan 2 orang kesayangan aku ni berada atau dengan tulisan lainnya ditahan.

Semuanya sebab COVID-19 yang mana menjadi ketakutan dan kerisauan kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk jugak dunia. Aku sendiri jugak menjadi mangsa kepada COVID-19 ni. Malahan seluruh ahli KELUARGA aku termasuk dalam senarai mereka yang jadi mangsa.

Memang betul dalam kita semua KITA JAGA KITA ni jika dah tersurat dan tertulis kita menjadi mangsa covid-19 kita tak boleh dah nak elak atau nak nafikan walaupun ada tak logiknya.



Ni permulaan atau intro kepada kisah aku sekeluarga dengan covid-19 ni. Aku tulis kat sini bukan nak cari simpati atau nak cari populariti. Aku tulis sebagai kenangan aku sekeluarga yang mana akan menjadi cerita kepada anak mahupun jugak kepada cucu dan cicit aku nanti.

Nanti aku akan tulis bagaimana mana aku sekeluarga terkena dengan virus covid-19 ni nanti. Insyallah...

Tuesday, 29 September 2020

Cabaran Seorang Yang Bernama Guru.


Terus terang aku katakan aku memang tak suka dengan apa yang penulis diatas tuliskan. Dan aku hairan kenapa nak salah kan guru dalam bab seperti ni? Memang betul hak mengeluarkan atau menyatakan pendapat tu hak individu atau organisasi selagi iye tak menyalahi undang-undang.

Memang betul kita sebagai ibubapa harapkan guru boleh memantau keadaan anak-anak kita di sekolah mahupun selepas waktu sesi persekolahan ditambah pulak waktu pendemik covid-19 sekarang ni. Seperti yang aku tulis kita mengharap jadi mengharap kat disini bukan kita letak terus 💯% pada guru dalam mengawal dan memantau anak-anak kita kat sekolah.

Kenapa aku katakan begitu? Aku ambik satu contoh je la ye kita sendiri sebagai ibubapa adakah kita pantau dan mengawal anak-anak kita bila kat rumah mahupun diluar rumah?

Jika kita sebagai ibubapa menjadikan alasan kerja dari hari isnin hingga jumaat kekadang sabtu atau ahad pun bekerja maka bila kita cuti adakah kita dapat memantau dan mengawal anak-anak kita?



Jadi kita nak salahkan guru lagi dalam bab ni? Aku cuma nak kita sama-sama fikirkan dengan apa yang ditulis dalam gambar kat atas tu. 

Aku memang tak nak ulas panjang sebab dah banyak dah orang yang tulis. Aku rasa cukup la itu je tulisan aku. Aku tak kisah korang nak kata apa pun yang pasti aku dah tulis pun.


Sunday, 27 September 2020

Bila Nafsu Lebih Diutamakan

Bagaimana korang hari ni harap semuanya dalam keadaan baik dan ok ye. Semalam hari yang amat penting bagi seluruh rakyat Malaysia dah selesai dengan jayanya dan keputusannya pun dah kita semua ketahui. Aku nak ucapkan tahniah kepada seluruh warga Sabah atas kejayaan memilih pemimpin baru untuk mentakbir negeri Sabah. Kepada yang kalah itu dah jadi lumrah dalam adat pertandingan. 

Aku bukan la jenis yang fanatik dalam politik walaupun dulu aku begitu tapi sekarang tak lagi. Dan tak salahkan untuk aku ambik tahu apa yang berlaku dalam mahupun kat luar negara kita ni sebab itu sebagai pengetahuan untuk aku.

Apa yang nak aku tuliskan disini adalah ketidak kepuasaan hati aku sebagai individu rakyat Malaysia serta hak untuk aku bersuara walaupun siapa la aku ni dan aku bukannya nak cari nama tapi sekadar aku nak luahkan apa yang terbuku dihati.

Thursday, 20 August 2020

Hari Ni Sekolah Dah Mula Cuti


Mula hari ni la para ibu dan bapa mula pening...

Itu la keluahan yang akan selalu akan dengar bila anak-anak mereka yang bersekolah mula cuti. Iye la kepada keduanya yang bekerja sedikit sebanyak akan mendatangkan masalah kepada mereka iaitu para ibu bapa. 

Mana tak nya mereka akan memikirkan jalan penyelesaian untuk anak mereka dalam menghabiskan waktu cuti sekolah ni. Kepada mereka yang ada baki cuti tahunan tu boleh la digunakan untuk berjalan atau balik kampung tapi tu pun kena ikut giliran.

Saturday, 6 June 2020

Ekonomi Kita Dalam Era COVID-19


Bersyukur, iye itu yang aku rasa sesuai untuk perkataan yang aku fikirkan sesuai. Aku atau korang bersyukur la dalam saat kita menghadapi wabak COVID-19 ni. Rasa tertekan, kepala berserabut, dan sebagainya yang mana di alami oleh kita ketika ini memang tak boleh dinafikan, walaupun sedikit.

Hanya bersabar dan kita sama-sama berdoa disamping mengikut arahan daripada pihak kerajaan moga wabak COVID-19 ni akan dapat kita hapuskan. Kita nak mengeluh pun tak boleh sebab kita pun tahu bukan negara kita Malaysia je yang menghadapinya tapi seluruh negara pun sama.

Kepada mereka yang masih ada pekerjaan alhamdulillah ada la jugak sumber kewangan untuk mengharungi kehidupan kita. Cuma dalam tempoh 2 bulan permulaan perlaksanaan PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) je betul-betul kita merasa keperitaannya. Dengan semua sektor kerja diarah tutup dan kita pulak tidak dibenarkan keluar rumah dengan sewenang-sewenangnya.

Semalam Perdana Menteri kita YAB Tan Sri Muhyuddin Yassin ada mengatakan dalam perutusan beliau, unjuran yang dibuat oleh IMF pada bulan April 2020 mengatakan pertumbuhan ekonomi dunia adalah pada kadar negatif tiga peratus. Dan ini angka itu pertama kali sejak kemelesetan ekonomi tahun 1930an.

Tuesday, 14 April 2020

Hari 28 : Berakhirnya Fasa Ke 2 PKP, Berjayakah Kita?


Hari ni dah masuk Hari yang ke 28 kita menjalani PKP ataupun Perintah Kawalan Pergerakan. Dan hari ni jugak merupaka hari ahkir untuk fasa ke 2 PKP. 

Tiada apa yang nak aku tuliskan kat dalam blog aku ni tentang PKP ni. Berjaya? Terus terang aku katakan kita masih lagi berperang dengan wabak covid-19 ni. Setakat semalam 76 orang telah gugur dalam memerangi wabak covid-19. Bilangan kes baru setiap hari masih lagi mencecah 100 kes, untuk kurang aku tengok macam takda harapan.

Aku kecewa ke? Memang aku kecewa, marah pun ada, sedih pun ada jugak. Bila aku baca kat Facebook, ramai yang meluahkan untuk balik kampung Raya nanti, rindu untuk sembanhyang jumaat, ramai yang yang bertanyakan tentang solat tarawih.

Entah la jika baca kat Facebook tentang luahan hati ni, aku sendiri pun terasa mana taknya dah la rancangan aku nak jugak balik kampung. Tapi dah jadi macam ni tunda la dulu. Aku berharap jugak Raya boleh balik kampung, walaupun orang kata hanya mampu bermimpi di siang hari je dengan sekarang ni.

Esok 15 April bermula la PKP fasa 3, korang siap sedia je la untuk menjalani fasa-fasa yang seterusnya jika masih ada yang degil dan tak faham bahasa dalam PKP ni.

Jika korang sentiasa mengikuti perkembangan laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia setiap petang. Korang sendiri akan tidak yakin Malaysia akan bebas dari wabak covid-19 ni dalam masa terdekat.

Mana taknya korang akan disajikan dengan angka-angka terkini dan sensasi dari KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia ). Itu belum lagi daripada Jabatan Perdana Menteri lagi, bila digabungkan kedua-dua dah jadi seperti nasi kerabut dah.

Aku cuma mampu memohon Kita semua sama-sama la berdoa agak negara Malaysia dapat memerangi wabak covid-19 ni. Disamping tu juga kita jugak sentiasa menjaga diri dan jugak jaga kebersihan.

Thursday, 9 April 2020

Channel Youtube Dah Ada, View Kurang Pulak



Korang ada channel youtube tak? Macam mana channel youtube korang ok tak atau suam-suam kuku? Maksud aku ramai tak subscriber channel korang? Korang mesti terkejut kan tiba-tiba je aku tanya korang semua tentang channel youtube pulak.

Iye la, dalam kita mengikut PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) ini aku pasti korang memang dah boringkan. Mana tak boringnya nak pergi kerja tak boleh, nak lepak kat kedai mamak kan nanti kena denda pulak. Nak tak nak bertabah hati je la duduk rumah, dan berharap PKP ni akan tamat pada 14 April nanti itu pun jika tak disambung la.

Apa kata aku ajak korang buat duit kat Youtube. Iye buat duit dengan Youtube, tak kan korang tak tahu kot Youtube tu apa. Kalau korang tak tahu apa tu Youtube, aku rasa korang lahir tahun 50an kot. Jika korang terkejut Youtube ni boleh buat duit tu takpa la jugak. Sebab masih ramai lagi yang tak tahu macam mana nak dapatkan duit daripada Youtube ni.

Mungkin korang sendiri pun boleh cari kat Youtube bagaimana cara nak buat duit dengan Youtube. Tapi korang mungkin kena ambik masa sikit la untuk faham dan memahami caranya. Untuk mereka yang dah ada channel Youtube pulak mesti korang kecewa view kat channel korang kurang, mana tak kecewa bila korang tengok channel Youtube yang famous view diorang beribu, berpuluh ribu malah berjuta pun ada kan.

Korang jangan kecewa atau boring pasal tu baik yang baru nak menceburi Youtube atau yang dah ada channel Youtube. Aku nak kongsi maklumat ini kat korang semua, mana tahu dengan maklumat dan ilmu ini dapat menolong korang dalam menghasilkan duit kat Youtube

Korang boleh klik kat SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang aku katakan tentang maklumat dan ilmu Youtube ni.

Covid-19 : Hikmah Yang Tersembunyi


Dalam Kita semua baik Malaysia mahupun seluruh dunia sekarang menghadapi wabak covid-19 ni. Kekadang kita lupa keadaan sekeliling kita sekarang ni. Iye la dalam kesusahan yang terpaksa kita hadapi sekarang, kita banyak mengeluh dengan kehidupan baik aku sendiri mahupun korang.

Perintah kawalan pergerakan yang entah bila akan berakhir, lagi la buat kita semua risau dengan nasib yang akan Kita tempuh di masa hadapan. Kekadang dengan keadaan sekarang ni, akal menjadi pendek. Mana taknya, kita dah lah diarah duduk rumah je. Nak keluar nanti kena denda pulak, dah la wang yang ada sekarang pun entah cukup entah tak jika PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) dilanjutkan lagi.

Aku tak nak tulis pasal kesusahan ke, pasal yang degil dan tak faham bahasa ke, atau yang negatif. Aku nak korang semua lupakan kejap semua tulis. Apa kata korang baca apa yang nak aku tulis ni.

Sejak berlakunya wabak covid-19 ni, keadaan sekeliling kita sedikit sebanyak ada perubahan. Perubahan yang aku maksudkan ni salah satunya Indeks udara kat Malaysia ni. Gambar kat atas tu menunjukkan keadaan udara di Malaysia.

Korang tak suka ke tengok Indeks udara kat Malaysia macam tu. Statistik tu menunjukkan apa yang tercatat pada 9hb April 2020 sehinggal pukul 12 tengahari. Walaupun tak semuanya hijau tapi jika kita bandingkan dengan apa yang berlaku sebelum ni. Aku rasa ini la yang terbaik sejak berlakunya wabak covid-19 ni.


Gambar kat atas tu pulak apa yang berlaku di Luar Negara. Pergunungan Himalaya dapat dilihat dari jarak 200km pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Terus terang aku katakan aku akan rindu dengan suasana ini nanti. Dan aku pasti ini semua akan menjadi sejarah untuk anak cucu Kita semuanya nanti.