Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Wednesday, 7 April 2021

AYAM!!!...Loya Aku...


Pertama kali aku nak tulis kat sini aku bukan anti, aku bukan benci atau tak suka pada engkau AYAM. Kan kalau aku tak tulis pernyataan awal tambahan dengan tajuk blog aku ni tak pasal-pasal aku kena kecam ( ceh macam la aku ni artis 😁 ).

Terus terang aku kata kan aku ni boleh la kata aku ni jenis yang suka makan ayam tapi semuanya berubah dan boleh dikatakan aku pusing 360 darjah dengan ayam ni.

Semuanya berlaku bila aku dikuarantikan di pusat kuarantin di Terengganu. Iye aku dikuarantikan kerana aku disahkan positive termasuk jugak isteri dan jugak anak Aku. Tapi aku dan isteri serta anak aku dikuarantikan di tempat yang berlainan. ( Nanti aku akan tuliskan kisah seluruhan cerita dari mula sampai ke akhir macam mana aku sekeluarga positif covid-19 ni.)

Berbalik pada kisah aku dengan ayam ni, Sepanjang aku berada di pusat kuarantin tu aku bersyukur sebab aku bebas bergerak walaupun dalam kawasan yang telah ditetapkan. Tak la hanya aku duk dalam 'dorm' je seperti cerita yang aku dengar di pusat kuarantin yang ada kat Terengganu ni. 

Lupa pulak nak cerita kan tempat aku menjalani kuarantin ni merupakan pusat untuk para mereka menjalankan aktiviti motivasi tak kira la untuk para pelajar sekolah mahupun jabatan kerja baik kerajaan mahupun swasta.

Tempat yang selesa tu aku akui. Iye la tempat ala-ala seperti asrama sekolah. 

Ok untuk menu makannya aku puji ia memang sedap dah memang mewah dengan 4 kali satu hari. Pagi, tengah, petang Dan takda malam. Cuma bagi aku secara peribadi lauk untuk menu tak dipelbagaikan maksud aku tak di tukar seperti di tempat kuarantin yang lain di Terengganu.



Di tempat aku ni lauknya asasnya ayam dan sebab ini la aku jadi loya dah bila tengok lauk yang berasakan AYAM. Sepanjang 10 hari aku di pusat kuarantin menunya memang hanya berasas AYAM dan hanya sekali je aku dapat makan menu yang berlaukkan IKAN. Itu pun setelah di minta dan waktu menu tu sampai untuk makan tengahari.

Sekarang ni bila tengok atau makan sikit pun masakan yang ada asas AYAM aku akan loya dan jika aku terus kan memang muntah la jawapnya.

Itu la kisahnya kenapa aku tak suka AYAM... Jadi jangan kecam aku ye 😁.

Tuesday, 7 July 2020

Bila Dah Nak Makan Western Pulak

Hari ni aku sekeluarga makan ala-ala western la pulak. Bila dah tak dah tahu nak makan ini la kesudahannya. Tambahan pulak si botak kecil aku dah suka makan dengan masakan western ni senang la aku dengan orang rumah.

Ala masak burger je 😁 untuk aku sekeluarga malam ni. Iye la daripada beli baik buat sendiri kan. Macam mana nak masak burger tu terpulang atas apa yang kita nak.

Jika beli kompen la dah RM5 sebiji yang kosong pulak RM2.50 sebiji beli bahan tak habis pun RM50 boleh makan sampai kenyang. Aku bukan la tak sokong peniaga, sekali sekala boleh la. Sekarang ni kena jugak berjimat cermat.

Monday, 2 March 2020

Tanpa Kita sedar...


Dalam layan Mata nak tidur ni aku layan la muka buku baca la apa yang patut. Kena buku muka buku ni selain cerita gosib,cerita politik yang takda kesudahan ni, tiba-tiba aku jumpa satu post kat muka buku aku ni. Aku sentap gila bila baca post ni. Sebab tu aku nak kongsi dengan korang.

Memang sentap gila, tapi korang aku tak tahu la sentap ke tak. Iye la apa yang ditulis memang kena kat batang hidup, korang gila kalau tak terasa. Kenapa aku tulis macam tu, Cuba korang baca apa yang aku post kat bawah ni. ( Aku copy Dan paste )

.                 Gambar google

BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..

"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..

"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..

"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan FB ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan FB ini medan tazkirah..
Jadikan FB ini medan maklumat..
Jadikan FB ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

Kreadit MAJLIS ILMU