Showing posts with label muka. Show all posts
Showing posts with label muka. Show all posts

Thursday, 12 March 2020

Covid-19 : Pro dan kontra kepada kita

Apa yang boleh aku katakan sekarang ni jaga diri dan keluarga korang. Aku bukan nak takutkan atau nak buat korang panik ke, tapi dengan gejala wabak Covid-19 ni sekarang adalah lebih baik kita semua ambik pangkah berjaga-jaga Dan beringat sebelum terkena. Jika boleh kurangkan ke tempat-tempat yang menjadi tempuan orang ramai. Bagi yang mempunyai anak bersekolah, minggu depan cuti sekolah aku harap korang bijak buat perancangan korang dengan anak bagi habiskan cuti sekolah diorang.



Aku sendiri pun ambik pendekatan pencegahan untuk aku sekeluarga, selain guna penutup mulut pekara kebersihan pun kena ambik Kira jugak. Sanitiser kena sentiasa ada baik kat rumah atau dekat dengan korang senang cakap korang kena sentiasa bawak.

.     Aku pun baru je beli petang tadi

Korang tahu kan semalam WHO ( pertubuhan kesihatan sedunia ) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik yang mana virus berkenaan telah menjangkiti lebih 118,000 orang di 114 negara dan meragut 4,291 nyawa, setakat ini, bahkan angka terbabit dijangka terus meningkat. Pandemik ini bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.

Kerana Covid-19 ini jugak korang pun sendiri boleh lihat kesannya pada ekonomi negara. Salah satu benda yang senang korang boleh lihat bekalan sanitiser dan topi penutup mulut kekadang putus bekalan. Ada sesetengah famasi takda bekalan untuk dua benda tu. Aku tak tahu la kenapa dan mengapa, aku malas nak ambik port.

Itu tak masuk lagi bagi mereka yang bekerja. Korang pun boleh baca kat syarikat penerbangan MAS telah mengarahkan 13,000 pekerja mereka ambik cuti 2 bulan tanpa gaji. Lepas apa lagi yang akan terjadi pun aku tak tahu.

Cuma aku berharap masalah COVID-19 ni ada penyelesaiannya dan penawarnya akan dapat ditemuai.


Monday, 2 March 2020

Tanpa Kita sedar...


Dalam layan Mata nak tidur ni aku layan la muka buku baca la apa yang patut. Kena buku muka buku ni selain cerita gosib,cerita politik yang takda kesudahan ni, tiba-tiba aku jumpa satu post kat muka buku aku ni. Aku sentap gila bila baca post ni. Sebab tu aku nak kongsi dengan korang.

Memang sentap gila, tapi korang aku tak tahu la sentap ke tak. Iye la apa yang ditulis memang kena kat batang hidup, korang gila kalau tak terasa. Kenapa aku tulis macam tu, Cuba korang baca apa yang aku post kat bawah ni. ( Aku copy Dan paste )

.                 Gambar google

BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..

"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..

"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..

"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan FB ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan FB ini medan tazkirah..
Jadikan FB ini medan maklumat..
Jadikan FB ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

Kreadit MAJLIS ILMU