Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Thursday, 12 March 2020

Covid-19 : Pro dan kontra kepada kita

Apa yang boleh aku katakan sekarang ni jaga diri dan keluarga korang. Aku bukan nak takutkan atau nak buat korang panik ke, tapi dengan gejala wabak Covid-19 ni sekarang adalah lebih baik kita semua ambik pangkah berjaga-jaga Dan beringat sebelum terkena. Jika boleh kurangkan ke tempat-tempat yang menjadi tempuan orang ramai. Bagi yang mempunyai anak bersekolah, minggu depan cuti sekolah aku harap korang bijak buat perancangan korang dengan anak bagi habiskan cuti sekolah diorang.



Aku sendiri pun ambik pendekatan pencegahan untuk aku sekeluarga, selain guna penutup mulut pekara kebersihan pun kena ambik Kira jugak. Sanitiser kena sentiasa ada baik kat rumah atau dekat dengan korang senang cakap korang kena sentiasa bawak.

.     Aku pun baru je beli petang tadi

Korang tahu kan semalam WHO ( pertubuhan kesihatan sedunia ) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik yang mana virus berkenaan telah menjangkiti lebih 118,000 orang di 114 negara dan meragut 4,291 nyawa, setakat ini, bahkan angka terbabit dijangka terus meningkat. Pandemik ini bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.

Kerana Covid-19 ini jugak korang pun sendiri boleh lihat kesannya pada ekonomi negara. Salah satu benda yang senang korang boleh lihat bekalan sanitiser dan topi penutup mulut kekadang putus bekalan. Ada sesetengah famasi takda bekalan untuk dua benda tu. Aku tak tahu la kenapa dan mengapa, aku malas nak ambik port.

Itu tak masuk lagi bagi mereka yang bekerja. Korang pun boleh baca kat syarikat penerbangan MAS telah mengarahkan 13,000 pekerja mereka ambik cuti 2 bulan tanpa gaji. Lepas apa lagi yang akan terjadi pun aku tak tahu.

Cuma aku berharap masalah COVID-19 ni ada penyelesaiannya dan penawarnya akan dapat ditemuai.


Thursday, 20 February 2020

Aku bukan sempurna


Aku pun tak tahu apa yang nak akau tulis dalam blog aku kali ni, nak kata takda idea tu boleh jugak. Nak kata block idea rasanya ada yang nak aku tulis tapi tak tahu yang mana satu nak aku tulis kat sini. Iye la aku ni bukannya blogger famous seperti yang korang tahu. Aku ni pun baru je berjinak-jinak dalam blogger ni.

Cuma kali ni aku seperti terpanggil nak tulis tentang AKU BUKAN SEMPURNA. Iye aku ni bukan sempurna, aku ni bukannya baik tapi aku nak jadi baik dan aku cuba nak jadi baik. Baik terhadap diri aku sendiri, baik pada ibu dan ayah aku, baik pada isteri aku, baik pada anak-anak aku dan sebenarnya yang lebih penting baik pada Allah SWT. Tapi kekadang aku terbabas, lupa dan tak boleh nak kawal diri aku sendiri. Aku jadi pemarah, Aku jadi pemalas, aku jadi pengeluh dan aku... Entah lah banyak lagi la. Walaupun pekara tu kecil je, tapi menjadi besar kat aku. Bila dah berlaku dan aku lepaskan benda yang tak baik dalam diri aku baru la aku menyesal.

Iye aku menyesal, MENYESAL tu yang aku boleh tulis nak tarik balik benda dah berlaku. Yang mampu aku buat minta maaf je la. Minta maaf memang aku buat macam tu la, terdaya aku buat. Nak undur masa memang tak dapat la. Ini bukan fiksyen, bukannya dalam cerita kat TV boleh undur masa. Kalau ada mesin masa tu bukan aku sorang je la yang nak, ramai yang nak kalau jual pun ramai yang sanggup beli tak kira la macam mana pun janji dapat.

Aku ni memang tak sempurna, aku nak berubah. Aku nak jadi insan yang baik bak kata arwah abam bocey " KITA BAIK, ORANG SAYANG ", dan aku cuba nak jadi baik walaupun kekadang aku terbabas. Dah umur masuk 4 siri ni aku tak nak la macam yang dulu, nak jugak ada perubahan pada diri aku ni. Aku tak kisah orang nak kata aku yang dulu, yang penting aku dengan sang DIA je yang tahu.


Sunday, 12 January 2020

Aku bangga dengan kartun Malaysia


Budak-budak zaman sekarang patut berbangga dengan kartun aka animasi yang dihasilkan sendiri oleh orang Malaysia kita sendiri. Siapa yang tak kenal dengan UPIN IPIN, EJAN ALI DAN BOBOIBOY. Bukan takat kanak-kanak je malahan orang dewasa pun terikut-ikut dengan 3 animasi tersebut.

gambar google

Kalau korang kata tak kenal atau tak tahu dengan 3 animasi tu, aku tahu la nak cakap lagi. Mungkin korang Dari planet lain kot. Selain 3 animasi tu Masih ada lagi animasi yang dihasilkan oleh orang Malaysia tapi tayangannya hanya setakat kat pawagan je la.

Tak seperti 3 animasi tersebut dimana ke3 animasi tersebut bermula dengan cerita bersiri yang ditayangkan di kaca television,sebelum beralih ke layar Perak.