Showing posts with label Animasi. Show all posts
Showing posts with label Animasi. Show all posts

Wednesday, 4 March 2020

Ejen Ali The Movie memang terbaik

Korang mesti terkejutkan post aku Kali ni. Iye la dah berkurun baru aku nak tulis, orang kata cerita dah basi dah. Biar la dah basi pun aku nak tulis dari apa yang telah aku tengok sendiri.



Ejen Ali The Movie, aku memang bangga dengan apa yang dihasilkan oleh anak tempatan. Barang buatan Malaysia weh, siapa tak bangga kan. Kalau ada kata mereka tak bangga tu bukan orang Malaysia.


Aku suka lagu ni

Jika korang layan kat panggung wayang, aku pulak layan kat rumah je. Yang beza korang dah tengok aku baru je tengok 😁 tu je beza. Apa yang pasti ceritanya memang best, aku yang dah bapak orang ni pun layan dengan anak aku.

Grafiknya memeng terbaik, gerakkan animasi nya lancar dan tiada cacat celanya. Itu ikut Mata aku la. Mata korang aku tak tahu la. Jalan cerita memang menarik dan boleh faham, tapi aku syorkan la korang tengok siri Ejen Ali la dulu baru korang lebih faham. Sebab apa, sebab Ejen Ali The Movie ni kesambungan dengan Siri yang ditayangkan kat kaca TV.

Aku bagi 5 bintang Ejen Ali The Movie ni. Puas hati sangat. 

Sunday, 12 January 2020

Aku bangga dengan kartun Malaysia


Budak-budak zaman sekarang patut berbangga dengan kartun aka animasi yang dihasilkan sendiri oleh orang Malaysia kita sendiri. Siapa yang tak kenal dengan UPIN IPIN, EJAN ALI DAN BOBOIBOY. Bukan takat kanak-kanak je malahan orang dewasa pun terikut-ikut dengan 3 animasi tersebut.

gambar google

Kalau korang kata tak kenal atau tak tahu dengan 3 animasi tu, aku tahu la nak cakap lagi. Mungkin korang Dari planet lain kot. Selain 3 animasi tu Masih ada lagi animasi yang dihasilkan oleh orang Malaysia tapi tayangannya hanya setakat kat pawagan je la.

Tak seperti 3 animasi tersebut dimana ke3 animasi tersebut bermula dengan cerita bersiri yang ditayangkan di kaca television,sebelum beralih ke layar Perak.