Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, 7 May 2020

Review Movie : Romantic Doctor Teacher Dr Kim


Dalam musim PKP ni, ini lah kerja aku layan drama Korea,layan movie, baca buku, dan layan internet sambil update blog aku ni. Iye la walaupun dah PKPB aku pulak masih lagi PKP, dah berapa tahun dah duduk rumah je. Nak kata buat bisnes gempak kat rumah ni takda la, tapi boleh untuk lepas beli lauk untuk makan dan bayar bil sambil tu buat simpanan sikit.

Drama Korea romantic doctor Dr Kim ini aku baru je habis tengok kedua-dua musim semalam. Bagi korang yang peminat cerita Korea baik drama atau movie, aku rasa korang dah tahu dah jalan cerita ni kan. Bagi aku yang baru berjinak-jinak ni izinkan aku tulis pandangan aku tentang drama ni. 

Terus terang aku katakan aku suka cerita kedoktoran yang dihasilkan memang terlalu jauh nak bandingkan dengan cerita yang dihasilkan oleh Malaysia. Korang suka atau tak apa yang aku tulis ni terpulang pada korang. Aku bukan tak pernah ikut drama Malaysia yang bertemakan kedoktoran, tapi yang Malaysia lebih pada cinta manakala unsur doktornya sikit. Jika dalam perutusan cinta 90% yang doktornya 10%.

Apa yang aku tengok dalam drama romantic doctor teacher Dr Kim ni, semuanya seimbang baik dari segi cinta dan kedoktoran nya. Malahan boleh aku katakan pelakonnya berjaya membawak watak seorang doktor. Aku jugak secara tak langsung boleh belajar ilmu kedoktoran bila tengok drama Korea ni.

Bab bedah memang nampak betul dan realitinya, baru kita tahu macam mana keadaan dalam bilik bedah. Dalam cerita ni jugak kita boleh lihat jugak emosi doktor jika gagal merawat pesakit mereka. Pada aku la, daripada drama Korea romantic doctor teacher Dr Kim ni aku boleh belajar sesuatu. Yang mana jika kita minat dan suka pada sesuatu pekarjaan itu bukan kerana duit atau imbuhan hanya kerana ikhlas,ganjarannya akan datang dengan sendirinya.

Untuk ringkasan cerita aku tak akan tulis sebabnya korang boleh cari sendirikan. Aku cuma nak tulis pandangan aku cerita ni je.

Monday, 16 March 2020

Review Movie : Sonic the Hedgehog

Kira semalam aku sekeluarga takda keluar nak jalan kemana-mana pun, walaupun cuti sekolah dah bermula. Keluar pun cuma pergi kenduri kahwin je kat sebelah rumah aku ni je. Iya la, dah musim wabak covid-19 sekarang ni baik la aku ambik langkah berjaga-jaga.

Jika nak keluar rumah pun sekarang ni aku kena tahu tujuan aku keluar. Dah takda la macam sebelum ni,nak keluar lepak ke kedai mamak ke atau takpa arah tuju.

Jadi semalam balik daripada kenduri dan takda plan keluar aku layan la cerita movie animasi SONIC THE HEDGEHOG ni. Nak layan dengan anak aku, dia pun nampak takut-takut je. Nak tengok tapi ada takutnya.

Sebelum ni aku dah banyak kali dah tengok sedutan pra tayang kat YouTube movie SONIC THE HEDGEHOG ni. Tambahan pulak jika korang sama seperti aku kanak-kanak yang berada dalam era 80 kartun SONIC ni menjadi hiburan petang masa tu. Bila dah ada animasi ni aku memang la tak sabar nak tengok.

Cerita SONIC THE HEDGEHOG ini bagi aku ok la takda la boring sangat, orang kata boleh layan. Jalan cerita pun ok boleh faham. Animasinya memang tak boleh nak cakap apa la dengan kecanggihan teknologi sekarang, bagi aku dah cukup sempurna. Satu keluarga boleh layan cerita SONIC THE HEDGEHOG ni.

SONIC si landak biru yang ada Kuasa larian supersonik dengan musuh tradisinya Mr DOKTOR ROBOTNIK yang nak mendapat kuasa SONIC. jika korang peminat Jim Carrey dan merindui pelakon ni boleh tengok cerita movie SONIC THE HEDGEHOG ni. Mana la tahu korang rindu gaya gila Jim Carrey ni.

Serba ringkas cerita movie SONIC THE HEDGEHOG...

Sonic , landak biru luar angkasa yang boleh berlari pada kelajuan supersonik , mendapati dirinya dicari oleh suku echidnas untuk kuasa beliau. Pengawalnya, Longclaw the Owl, memberinya beg cincin yang boleh membuat portal ke planet lain, menggunakannya untuk menghantarnya ke Bumi ketika dia melindungi dia dari echidnas. Sepuluh tahun kemudian, Sonic menikmati kehidupan rahsia di sekitar bandar Green Hills , Montana , tetapi ingin berteman. Dia memuja sheriff tempatan,Tom Wachowski, dan isterinya, Maddie, tidak menyedari pasangan itu merancang untuk berpindah ke San Francisco tidak lama lagi, kerana Tom telah diupah oleh Jabatan Polis San Francisco .

Suatu malam, Sonic menjadi kecewa atas kesepiannya ketika bermain baseball sendiri, dan berjalan pada kelajuan supersonik sebagai akibatnya, secara tidak sengaja memicu denyutan elektromagnetik yang mengetepikan kuasa merentasi Barat Laut Pasifik . Robotik dan saintifik saintifik Doktor Robotnik disenaraikan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk membongkar sumber gangguan. Robotnik menemui dan menjejaki Sonic, yang menyembunyikan dalam gerai Wachowskis. Tom menemui Sonic dan tidak sengaja menembak dia dengan penenang, menyebabkan dia menghantar beg cincinnya melalui portal ke San Francisco. Tom enggan bersetuju untuk membantu Sonic sebelum Robotnik tiba di rumah Wachowskis dan kedua-duanya melarikan diri. Oleh kerana pasangan itu mengelakkan Robotnik, yang melabel Tom pengganas domestik , mereka perlahan-lahan ikatan, dengan Tom belajar tentang keinginan Sonic untuk sahabat sejati.

Korang nak tahu lebih lanjut kena la tengok cerita movie SONIC THE HEDGEHOG ni. Kan aku cerita semuanya tak seronok la kan...

Wednesday, 4 March 2020

Ejen Ali The Movie memang terbaik

Korang mesti terkejutkan post aku Kali ni. Iye la dah berkurun baru aku nak tulis, orang kata cerita dah basi dah. Biar la dah basi pun aku nak tulis dari apa yang telah aku tengok sendiri.



Ejen Ali The Movie, aku memang bangga dengan apa yang dihasilkan oleh anak tempatan. Barang buatan Malaysia weh, siapa tak bangga kan. Kalau ada kata mereka tak bangga tu bukan orang Malaysia.


Aku suka lagu ni

Jika korang layan kat panggung wayang, aku pulak layan kat rumah je. Yang beza korang dah tengok aku baru je tengok 😁 tu je beza. Apa yang pasti ceritanya memang best, aku yang dah bapak orang ni pun layan dengan anak aku.

Grafiknya memeng terbaik, gerakkan animasi nya lancar dan tiada cacat celanya. Itu ikut Mata aku la. Mata korang aku tak tahu la. Jalan cerita memang menarik dan boleh faham, tapi aku syorkan la korang tengok siri Ejen Ali la dulu baru korang lebih faham. Sebab apa, sebab Ejen Ali The Movie ni kesambungan dengan Siri yang ditayangkan kat kaca TV.

Aku bagi 5 bintang Ejen Ali The Movie ni. Puas hati sangat.