Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Thursday, 8 April 2021

Untuk Aku Dan Korang...Yang bergelar Ibu Dan Ayah.



Aku sebenarnya NAK kongsi dengan korang apa yang aku copy tulisan yang ditulis oleh seseorang dalam sebuah group WhatsApp. Aku harap apa yang aku kongsi ni mendatangkan kebaikan kepada aku dan korang.

Setiap kali ceramah keibubapaan, saya akan cakap, masa kita bersama anak ialah sehingga 13 tahun saja. Lepas itu mereka akan,

1. Melepaskan tali pergantungan kepada ibu bapa perlahan-lahan.
2. Mereka akan cuba meneroka kehidupan dengan cara mereka sendiri.
3. Mereka perlahan-lahan akan mula melebihkan kawan.

Sebab itu, jika ibu bapa nak membentuk anak, biarlah dalam masa 13 tahun itu. Sebab apa? Sebab dalam fatrah itu, ibu bapa masih boleh,

1. Marah anak.
2. 'Pukul' anak.
3. Piat telinga anak.
4. Paksa anak ikut cakap kita.

Marah macam mana pun, mereka akan tetap cari ibu ayah. Tetap peluk ibu ayah. Tetap akan merengek nak ikut mak ayah bila nampak mak pakai tudung atau ayah buka pintu. Kerana apa? Kerana mereka perlukan kita.

Sampai masanya, seiring dengan perubahan usia, mereka akan,

1. Mula memerap dalam bilik.
2. Tak nak ikut mak ayah pergi berjalan.
3. Beli pakaian mengikut citarasa mereka.
4. Pandai merajuk atau membentak kalau dipukul atau dimarah.
5. Akan ikut cakap kawan.

Lama ke tak 13 tahun tu? Sekejap saja ibu ayah sekalian.



Rasanya macam baru saja Iezat Wajdi ni lahir. Macam baru saja saya basuhkan berak dia. Macam baru saja daftar dia di tahun 1.

Sekarang dia dah tingkatan 1. Dah mula mencatur kehidupan dia secara mandiri. Tak nangis dah bila kena tinggal.

Ini permulaan ibu ayah sekalian.

Purata hari persekolahan sekitar 180 hari. Lagi 180 hari dia berada di rumah.

Adakah 180 hari itu digunakan secara optimum?

Jawapannya tidak. Kesibukan kita ditambah dengan urusan mereka sendiri, hanya berapa puluh hari saja kita dapat meraikan masa berkualiti dengan mereka dalam setahun.

Lepas itu, mereka akan masuk universiti, kerja, kahwin dan itulah dia anak yang kita lahirkan dahulu dah mula membina kehidupan sendiri bersama keluarga mereka pula.

Jadi ibu ayah sekalian. 

Anak-anak yang ada dekat rumah tu, kita jagalah elok-elok.

1. Layan kalau mereka ajak berbual.
2. Layan kalau mereka ajak main.
3. Layan kalau mereka ajak naik motor.
4. Layan kalau mereka panjat badan kita.

Sampai satu masa, semua tu akan jadi kenangan.

Saya nasihatkan diri saya sendiri kerana percayalah, 13 tahun tu tak lama.

#copydanpaste

Thursday, 17 September 2020

Bila Dah Kahwin...


Perkahwinan merupakan penyatuan dua insan lelaki dan perempuan mengikuti undang-undang sah baik seluruh dunia mahupun Malaysia. Dalam Islam pulak perkahwinan ini adalah cara bagi menghalalkan hubungun lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Perkahwinan jugak merupakan penyatuan ataupun menjalin hubungan silaturahim antara dua keluarga baik sebelah pengantin lelaki begitu jugak sebelah pengantin perempuan. Dengan kata lain aku tulis perkahwinan ini bukan sekadar perkahwinan untuk individu he tapi seluruh keluarga kedua-dua pihak.

Bila kita dah berkahwin kita kena terima kehadiran keluarga antara satu sama lain. Maka dengan ini bermula la keadilan dalam kita melayan kedua-dua keluarga.

Jika kita lihat dalam islam ibu bapa baik kita sendiri atau pun mertua kedua-dua nya hukum nya sama dalam bab memuliakan selagi selaras dengan mereka mengikuti Sharan Islam.

Ketidak selesaan tu memang normal la dalam kehadiran kita dalam keluarga yang baru. Tapi bak kata orang " tak kenal maka tak cinta ". Kita terpaksa belajar untuk menyesuainkan diri dengan keluarga baru kita. Baik mertua, adik beradik ataupun biras semuanya kita kena belajar mengenali baik pergaulan, komunikasi, dan sebagainya.

Dalam bab pengiliran antara dua keluarga ni hendak lah Adil dan saksama. Jangan berat sebelah. Seperti yang aku tulis awal tadi dalam perkahwinan bukan kita kahwin individu tapi kita kahwin dengan keluarga pasangan kita.

Baik buruk keluarga pasangan, kita kena terima dengan keikhlasan dan keredaan hati kita. 

Apa yang aku tuliskan ni secara umum sebabnya yang hakikat atau realiti nya berbagai cerita yang kita baca atau dengar tentang masalah bila dah kahwin ni terutamanya keluarga mertua. 

Aku bukannya pandai nak bagi nasihat dalam bab perkahwinan ni. Cuma aku tulis sebab aku nak jadi ingatan kepada aku sendiri itu he tak lebih dan tak kurang.


Thursday, 12 March 2020

Covid-19 : Pro dan kontra kepada kita

Apa yang boleh aku katakan sekarang ni jaga diri dan keluarga korang. Aku bukan nak takutkan atau nak buat korang panik ke, tapi dengan gejala wabak Covid-19 ni sekarang adalah lebih baik kita semua ambik pangkah berjaga-jaga Dan beringat sebelum terkena. Jika boleh kurangkan ke tempat-tempat yang menjadi tempuan orang ramai. Bagi yang mempunyai anak bersekolah, minggu depan cuti sekolah aku harap korang bijak buat perancangan korang dengan anak bagi habiskan cuti sekolah diorang.



Aku sendiri pun ambik pendekatan pencegahan untuk aku sekeluarga, selain guna penutup mulut pekara kebersihan pun kena ambik Kira jugak. Sanitiser kena sentiasa ada baik kat rumah atau dekat dengan korang senang cakap korang kena sentiasa bawak.

.     Aku pun baru je beli petang tadi

Korang tahu kan semalam WHO ( pertubuhan kesihatan sedunia ) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik yang mana virus berkenaan telah menjangkiti lebih 118,000 orang di 114 negara dan meragut 4,291 nyawa, setakat ini, bahkan angka terbabit dijangka terus meningkat. Pandemik ini bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.

Kerana Covid-19 ini jugak korang pun sendiri boleh lihat kesannya pada ekonomi negara. Salah satu benda yang senang korang boleh lihat bekalan sanitiser dan topi penutup mulut kekadang putus bekalan. Ada sesetengah famasi takda bekalan untuk dua benda tu. Aku tak tahu la kenapa dan mengapa, aku malas nak ambik port.

Itu tak masuk lagi bagi mereka yang bekerja. Korang pun boleh baca kat syarikat penerbangan MAS telah mengarahkan 13,000 pekerja mereka ambik cuti 2 bulan tanpa gaji. Lepas apa lagi yang akan terjadi pun aku tak tahu.

Cuma aku berharap masalah COVID-19 ni ada penyelesaiannya dan penawarnya akan dapat ditemuai.