Showing posts with label riak. Show all posts
Showing posts with label riak. Show all posts

Friday, 13 March 2020

Takziah Jumaat : RIAK kah Kita ni


Aku bukan baik tapi aku nak jadi baik. Kata-kata ni aku sentiasa pegang dan jadi rujukan untuk aku. Iye aku ni bukan baik tapi aku nak jadi baik, aku nak jugak korang macam tu jugak macam aku nak jadi baik. Jika dulu masa muda atau suatu ketika dahulu kita tak baik, apa kata kita tinggalkan pekara yang tak baik tu sekarang kita buat pekara baik. Biar la orang tak pandang perbuatan baik Kita janji niat kita kerena Allah.

Hari ni aku nak kongsi dengan korang dengan sifat RIAK ni. Semua manusia ada sifat ni, tak kira la siapa pun. Cuma yang dapat membezakan antara kita ni samada RIAK ni boleh kita kawal atau tak, itu aja. Samada aku atau korang memang tak boleh nak nafikan atau nak tidakkan sifat RIAK ni. Bohong la jika kita ada dengar orang tu kata dia takda sifat RIAK ni.

Aku malas nak hurai dengan panjang lebar maksud RIAK ni. Aku rasa korang pun tahu kan. Cuma secara ringkasnya RIAK ni sifat suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat kepujian orang. RIAK ni boleh jugak di kembarkan dengan sombong. Memang dua sifat ni RIAK dan sombong tak boleh dipisahkan.

Dalam kehidupan kita ni, dua sifat ni akan sentiasa kita jumpa tak kira masa,tempat atau keadaan. Malah tak salah jugak aku tulis Kita pun termasuk buat dan ada sifat tu. Sedar atau tak itu kita sendiri yang tahu. Rumit? Tak ada yang rumit atau susah pun aku bukan nak suruh korang sentiasa check atau periksa setiap minat apa yang kita buat dalam seharian. Cukup la Kita faham dua sifat ni. Jika korang tak faham boleh la tanya yang lebih pakar. Senang cakap cari la ilmu. Aku sendiri pun masih lagi belajar secara langsung atau tak. Nabi Muhammad sendiri galakkan umatnya belajar betul tak?. 

Jadi tak rugi kita belajar kan. Jangan dah tinggal alam sekolah, kita dah malas nak belajar. Belajar ni berterusan dari kita lahir hingga la ke liang lahat.


Monday, 2 March 2020

Tanpa Kita sedar...


Dalam layan Mata nak tidur ni aku layan la muka buku baca la apa yang patut. Kena buku muka buku ni selain cerita gosib,cerita politik yang takda kesudahan ni, tiba-tiba aku jumpa satu post kat muka buku aku ni. Aku sentap gila bila baca post ni. Sebab tu aku nak kongsi dengan korang.

Memang sentap gila, tapi korang aku tak tahu la sentap ke tak. Iye la apa yang ditulis memang kena kat batang hidup, korang gila kalau tak terasa. Kenapa aku tulis macam tu, Cuba korang baca apa yang aku post kat bawah ni. ( Aku copy Dan paste )

.                 Gambar google

BETAPA ZAMAN TELAH BERUBAH

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan, Kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu. Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur. Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tapi kini tanpa kita sedari, melalui fb dan laman-laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas dasar 'share'. Beli barang baru, upload gambar. Sebelum makan, upload gambar. Perah susu banyak-banyak, upload gambar. Dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank.

Anak dapat result exam bagus, upload result anak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tapi realitinya tanpa kita sedar atau mungkin kita tak ambil peduli. Ada antara mereka yang lihat gambar makanan yang kita upload, mungkin dah beberapa hari tak makan. Ada yang tengok gambar slip gaji kita, ada di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja. Ada yang tengok gambar result anak kita, mungkin ada di kalangan mereka dikurniakan anak yang lembam. Ada yang tengok gambar susu perahan kita, mungkin ada di kalangan mereka ibu-ibu yang badannya tidak banyak mengeluarkan susu dan begitulah seterusnya.

MAKA :

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerana mungkin ada yang sedang berduka"..

"Sembunyikanlah kekayaan kita, kerana mungkin ada yang papa kedana"..

"Sembunyikanlah kesihatan kita, kerana mungkin ada yang sedang sakit"..

"Sembunyikanlah kejayaan kita, kerana mungkin ada yang merana"..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia. Yang lepas itu biarkan ia berlalu. Marilah sama-sama berusaha kearah kebaikan.

Jadikan FB ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan FB ini medan tazkirah..
Jadikan FB ini medan maklumat..
Jadikan FB ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nanti, ilmu yang kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kita, bukan apa yang kita ada yang kita tunjuk-tunjukkan itu.

Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala sebagai bekalan akhirat nanti.

Kreadit MAJLIS ILMU