Aku bukan baik tapi aku nak jadi baik. Kata-kata ni aku sentiasa pegang dan jadi rujukan untuk aku. Iye aku ni bukan baik tapi aku nak jadi baik, aku nak jugak korang macam tu jugak macam aku nak jadi baik. Jika dulu masa muda atau suatu ketika dahulu kita tak baik, apa kata kita tinggalkan pekara yang tak baik tu sekarang kita buat pekara baik. Biar la orang tak pandang perbuatan baik Kita janji niat kita kerena Allah.
Hari ni aku nak kongsi dengan korang dengan sifat RIAK ni. Semua manusia ada sifat ni, tak kira la siapa pun. Cuma yang dapat membezakan antara kita ni samada RIAK ni boleh kita kawal atau tak, itu aja. Samada aku atau korang memang tak boleh nak nafikan atau nak tidakkan sifat RIAK ni. Bohong la jika kita ada dengar orang tu kata dia takda sifat RIAK ni.
Aku malas nak hurai dengan panjang lebar maksud RIAK ni. Aku rasa korang pun tahu kan. Cuma secara ringkasnya RIAK ni sifat suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat kepujian orang. RIAK ni boleh jugak di kembarkan dengan sombong. Memang dua sifat ni RIAK dan sombong tak boleh dipisahkan.
Dalam kehidupan kita ni, dua sifat ni akan sentiasa kita jumpa tak kira masa,tempat atau keadaan. Malah tak salah jugak aku tulis Kita pun termasuk buat dan ada sifat tu. Sedar atau tak itu kita sendiri yang tahu. Rumit? Tak ada yang rumit atau susah pun aku bukan nak suruh korang sentiasa check atau periksa setiap minat apa yang kita buat dalam seharian. Cukup la Kita faham dua sifat ni. Jika korang tak faham boleh la tanya yang lebih pakar. Senang cakap cari la ilmu. Aku sendiri pun masih lagi belajar secara langsung atau tak. Nabi Muhammad sendiri galakkan umatnya belajar betul tak?.
Jadi tak rugi kita belajar kan. Jangan dah tinggal alam sekolah, kita dah malas nak belajar. Belajar ni berterusan dari kita lahir hingga la ke liang lahat.
No comments:
Post a Comment