Dah masuk hari yang ke 13 dah kita berada dalam perintah kawalan pergerakan ni. Hingga semalam kisah mereka yang masih degil dan tak mengikuti apa yang telah kerajaan sarankan masih ada. Korang sendiri pun boleh tengok atau baca tentang kisah mereka yang degil dan tak faham bahasa.
Seperti yang aku tulis sebelum ni jaga la kesihatan kita dan keluarga Kita dari wabak covid-19 ni. Sayang la diri dan keluarga kita. Ikuti la apa yang telah kerajaan kita sarankan dalam kita menghadapi wabak covid-19.
Seperti apa yang ketua Pengarah kesihatan Malaysia ( KKM ) iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah katakan semalam. Bilangan kes wabak covid-19 ni akan lebih meningkat pertengahan bulan April berpandukan dengan apa yang berlaku sekarang.
Jadi nak tak nak, mahu tak mahu, suka tak suka kita kena siap bersedia untuk menghadapinya. Aku bukan nak takutkan korang semua tapi kita ambik langkah berjaga-jaga. Kita semua pun tahu wabak covid-19 ni masih lagi tiada vaksin untuk menyegahnya.
Kerajaan sendiri pun buat persediaan tak kan la Kita tak nak buat persediaan jugak. Iye la kerajaan dah membantu rakyat seperti yang telah Perdana Menteri umumkan dalam inisiatif ekonomi dalam menghadapi wabak covid-19 ni.
Kita sebagai rakyat Malaysia, tak nak buat persediaan jugak ke. Apa persediaan yang kena buat? Untuk aku dan keluarga aku la, persediaan yang aku buat. Barang makanan biar sentiasa ada, tambahan dah ada anak ni lagi sebab anak bukan seperti kita ibu bapa yang boleh sabar dan tahan jika makan kurang.
Air bersih untuk minum sentiasa ada, bekalan ubat-ubatan seperti panadol, ubat selsema, ubat batuk kena ada. Dan kat tangan aku mesti sentiasa ada wang tunai. Korang nampak macam dalam dalam daruratkan apa yang aku buat tu. Aku tak kisah la, lain orang lain cara dan lain orang lain fahamannya.
Itu cara persediaan aku dan keluarga aku dalam keadaan kita semua menghadapi wabak covid-19 ni. Tambahan aku dan keluarga aku tak nak la selalu terdedah. Sedia payung sebelum hujan, beringat sebelum kena.
No comments:
Post a Comment