Showing posts with label kkm. Show all posts
Showing posts with label kkm. Show all posts

Tuesday, 14 April 2020

Hari 28 : Berakhirnya Fasa Ke 2 PKP, Berjayakah Kita?


Hari ni dah masuk Hari yang ke 28 kita menjalani PKP ataupun Perintah Kawalan Pergerakan. Dan hari ni jugak merupaka hari ahkir untuk fasa ke 2 PKP. 

Tiada apa yang nak aku tuliskan kat dalam blog aku ni tentang PKP ni. Berjaya? Terus terang aku katakan kita masih lagi berperang dengan wabak covid-19 ni. Setakat semalam 76 orang telah gugur dalam memerangi wabak covid-19. Bilangan kes baru setiap hari masih lagi mencecah 100 kes, untuk kurang aku tengok macam takda harapan.

Aku kecewa ke? Memang aku kecewa, marah pun ada, sedih pun ada jugak. Bila aku baca kat Facebook, ramai yang meluahkan untuk balik kampung Raya nanti, rindu untuk sembanhyang jumaat, ramai yang yang bertanyakan tentang solat tarawih.

Entah la jika baca kat Facebook tentang luahan hati ni, aku sendiri pun terasa mana taknya dah la rancangan aku nak jugak balik kampung. Tapi dah jadi macam ni tunda la dulu. Aku berharap jugak Raya boleh balik kampung, walaupun orang kata hanya mampu bermimpi di siang hari je dengan sekarang ni.

Esok 15 April bermula la PKP fasa 3, korang siap sedia je la untuk menjalani fasa-fasa yang seterusnya jika masih ada yang degil dan tak faham bahasa dalam PKP ni.

Jika korang sentiasa mengikuti perkembangan laporan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia setiap petang. Korang sendiri akan tidak yakin Malaysia akan bebas dari wabak covid-19 ni dalam masa terdekat.

Mana taknya korang akan disajikan dengan angka-angka terkini dan sensasi dari KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia ). Itu belum lagi daripada Jabatan Perdana Menteri lagi, bila digabungkan kedua-dua dah jadi seperti nasi kerabut dah.

Aku cuma mampu memohon Kita semua sama-sama la berdoa agak negara Malaysia dapat memerangi wabak covid-19 ni. Disamping tu juga kita jugak sentiasa menjaga diri dan jugak jaga kebersihan.

Wednesday, 8 April 2020

Hari 22 : Mungkinkah PKP Akan Dilanjutkan?


Ini pandang aku ye, tiada kaitan dengan sesiapa pun baik yang hidup atau yang mati. Aku jugak bukan nak takut kan korang dengan apa yang aku tulis ni, sebab yang aku tulis ni dari pemerhatian aku dan apa yang aku jangkakan.

Apa yang aku tengok daripada statistik yang di keluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, yang bertarikh pada 7hb April 2020. Bilangan zon merah dah bertambah 2 tempat iaitu Sepang di Selangor dan Kota Samarahan di Sarawak yang mana jumlah keseluruhannya adalah 23 tempat di seluruh Malaysia.

Pada pandangan aku la Perintah kawalan pergerakan ni tak akan tamat dalam masa terdekat ni. Dan aku rasa dalam masa terdekat ni jugak Perdana Menteri kita akan buat pengumuman tentang perintah kawalan pergerakan ni.

Walaupun bilangan yang sembuh meningkat dari hari ke hari, tapi jika korang tengok bilangan kes baru pun bertambah. Jadi korang jangan la nak bermimpi PKP ( perintah kawalan pergerakan ) akan tamat. Ramai yang sedar tentang PKP ni akan panjang tapi ada jugak yang tak sedar tentang tempoh PKP ni berpandukan statistik KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia ).

Sebagaimana yang telah aku tulis sebelum ni, kuatkan lah mental dan diri kita untuk hadapi kemungkinan PKP ni dilanjutkan. Sekali lagi aku tekankan untuk diri aku dan korang, jaga kesihatan diri dan keluarga. Amalkan jimat cermat baik dari segi makanan dan duit korrang.

Sunday, 29 March 2020

Hari 13 : Perintah Kawalan Pergerakan


Dah masuk hari yang ke 13 dah kita berada dalam perintah kawalan pergerakan ni. Hingga semalam kisah mereka yang masih degil dan tak mengikuti apa yang telah kerajaan sarankan masih ada. Korang sendiri pun boleh tengok atau baca tentang kisah mereka yang degil dan tak faham bahasa.

Seperti yang aku tulis sebelum ni jaga la kesihatan kita dan keluarga Kita dari wabak covid-19 ni. Sayang la diri dan keluarga kita. Ikuti la apa yang telah kerajaan kita sarankan dalam kita menghadapi wabak covid-19.

Seperti apa yang ketua Pengarah kesihatan Malaysia ( KKM ) iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah katakan semalam. Bilangan kes wabak covid-19 ni akan lebih meningkat pertengahan bulan April berpandukan dengan apa yang berlaku sekarang.

Jadi nak tak nak, mahu tak mahu, suka tak suka kita kena siap bersedia untuk menghadapinya. Aku bukan nak takutkan korang semua tapi kita ambik langkah berjaga-jaga. Kita semua pun tahu wabak covid-19 ni masih lagi tiada vaksin untuk menyegahnya.

Kerajaan sendiri pun buat persediaan tak kan la Kita tak nak buat persediaan jugak. Iye la kerajaan dah membantu rakyat seperti yang telah Perdana Menteri umumkan dalam inisiatif ekonomi dalam menghadapi wabak covid-19 ni.

Kita sebagai rakyat Malaysia, tak nak buat persediaan jugak ke. Apa persediaan yang kena buat? Untuk aku dan keluarga aku la, persediaan yang aku buat. Barang makanan biar sentiasa ada, tambahan dah ada anak ni lagi sebab anak bukan seperti kita ibu bapa yang boleh sabar dan tahan jika makan kurang.

Air bersih untuk minum sentiasa ada, bekalan ubat-ubatan seperti panadol, ubat selsema, ubat batuk kena ada. Dan kat tangan aku mesti sentiasa ada wang tunai. Korang nampak macam dalam dalam daruratkan apa yang aku buat tu. Aku tak kisah la, lain orang lain cara dan lain orang lain fahamannya. 

Itu cara persediaan aku dan keluarga aku dalam keadaan kita semua menghadapi wabak covid-19 ni. Tambahan aku dan keluarga aku tak nak la selalu terdedah. Sedia payung sebelum hujan, beringat sebelum kena.