Showing posts with label lockdown. Show all posts
Showing posts with label lockdown. Show all posts

Thursday, 20 May 2021

Adakah Malaysia Akan "lockdown" Sekali Lagi


Sebenarnya aku dah malas dah nak tulis dah pasal COVID-19 ni tambahan lagi "lockdown" akan dibuat atau tidak keputusan hanya kita semua akan tahu esok selepas pak-pak menteri buat mesyuarat.

Aku secara peribadi tak tahu samada aku nak marah dan sedih dengan bilangan kes baru covid-19 yang mana dalam masa 2 hari bilangannya dah 6k. Memang aku sendiri mintak bilangannya terus sampai ke 10k ( lantak la korang nak kata atau nak komen apa pun dengan apa aku tulis tu ) sebab apa sebab PUNCA nya daripada kita sendiri.

Iye la kerajaan dah banyak kali dah bagitahu #kitajagakita tapi 'masuk telinga kanan keluar telinga Kiri ' dari mula pelaksaan PKP 2.0. Ikut SOP boleh aku kata kan kita memang  hancur. Entah la aku pun malas nak tulis panjang pasal ni. Aku rasa cukup la jika esok PKP 3.0 KITA semua hadap je la. Suka ke tak suka kita sendiri yang buat jadi macam tu.

Cuma aku nak korang dan harap pihak berkuasa jika baca blog aku ni... Aku kongsikan tulis hamba Allah ni untuk korang...



KUATKUASAKAN LOCKDOWN SEGERA

Melihatkan jangkitan covid-19 yang tak berpenghujung, saya fikir ada baiknya kerajaan kuatkuasakan “total lockdown” di seluruh negara selama 1 bulan mulai 20 Mei hingga 20 Jun 2021 dengan beberapa ketetapan berikut:-

1) Duduk Dalam Rumah. Benarkan hanya 1 orang untuk beli barang keperluan tak lebih 10 km radius. Siapa degil terus saman jangan  pilih bulu atau isi poket.

2) Beri kebenaran khas yang ketat kepada NGO dan komuniti tempatan untuk menyantuni kumpulan rentan yang terjejas. Saya percaya geng surau, kuil, gurdwara, pagoda dan gereja sentiasa bersedia membantu. Geng Pemuda Parti Politik juga dibenarkan membuat kerja bantuan tanpa menghebahkan memaparkan logo parti. Hati rakyat yang sedang gundah gulana mesti dijaga. Biar rakyat kenali kamu sebagai individu atau kumpulan yang berhati mulia bukan pemain politik yang meraih laba di kala bencana. JKM boleh diberi tugas mengetuai gerak kerja 2nd liner sukarelawan membantu frontliner yang pasti keletihan.

3) Perketatkan kawalan sempadan. Gerakkan sukarelawan, Sukarelawan Polis, SUKSIS, Wataniah, Pertahanan awam malah pasukan Pengakap untuk menyertai kawalan dan pemantauan lorong-lorong tikus seluruh negara. Tak perlu beri elaun, cukup sekadar sedikit “top-up” internet untuk mereka ambil gambar dan lapor kepada publik tentang pergerakan atau tingkahlaku individu atau kumpulan yang memasuki negara secara haram. Semua maklumat disalurkan kepada Ibupejabat Polis Daerah untuk susulan. Keperluan makan minum tu inilah masanya parti politik, persatuan belia atau yayasan datang bantu.

4) Aktifkan mod “Bekerja Dari Rumah”. Majikan yang culas dan memaksa staf untuk datang bekerja akan dihukum. Selagi ada majikan yang paksa staf datang bekerja selagi itulah juga rantaian virus jahat ini tidak terputus. Bagi sektor penting yang “esssential” kenakan SOP ketat yang tak boleh dikompromi.

5) Tutup semua institusi Universiti, Kolej, sekolah dan pusat ibadah. Termasuk Tadika. Namun syaratnya semua pekerja dibenarkan Bekerja Dari Rumah. Bagi staf dan pegawai Frontliner yang terpaksa meninggalkan anak-anak kecil dan ibubapa uzur ia dipertanggangungjawabkan kepada agensi atau kementerian masing-masing untuk membantu. Contohnya wujudkan pusat jagaan khas sementara dengan bantuan Kelab Kebajikan Staf, Puspanita atau Persatuan Sekerja. Kos dari mana? kalau kerajaan tak ada bajet boleh saja semua staf kementerian buat sedikit sumbangan atau potongan gaji.

Saya tahu akan ada kesan ekonomi dan sosial serta mental. Namun pengalaman PKP 1.0 dahulu terbukti berkesan.

Kalau ada yang marah? Lantaklah nak marah pun. Sebelum ni buat apa pun rakyat pasti marah. Soal tak cukup makan waktu lockdown memanglah perit tetapi pasti ada saja insan mulia seperti Ustaz Ebiet Liew atau Uncle Kentang Kuan Chee Heng  atau King
Rizan Hassan atau Mokcik Jameyah Sheriff
yang bersedia membantu. Setakat yang saya tahu tidak ada rakyat yang lapar mati kebulur, setakat sengsara sekejap saat menanti  bantuan tiba itu biasa lah. Tapi rakyat yang mati kerana jangkitan Covid19 makin hari makin ramai. Jadi TOTAL LOCKDOWN  lah penyelesaiannya.

Sekarang kan waktu DARURAT. Buat sahajalah dengan tegas. Bukan Malaysia sahaja yang sedang susah. Satu dunia sedang lalui. Lebih baik kita lockdown sebulan berbanding kita derita 2 tahun lagi berterusan tanpa ketentuan.

Junjung Kasih. Patik mohon mencadang Tuanku!!!

Mohammed Maliki

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10226051142967712&id=1310813685

Monday, 16 March 2020

Covid-19 : Dengan Rasmi Malaysia "LOCKDOWN"

Hari ni 16 march 2020 tepat pukul 10 malam Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat pengumuman bagi tindakan perintah kawalan pegerakan yang bermula pada 18 - 31 march 2020.





Pengumuman ini jugak dengan kata lainnya LOCKDOWN bagi Malaysia. Semalam aku ada postkan pasal LOCKDOWN ni tapi tak sangka "LOCKDOWN" ni betul-betul terjadi. Biasa la pasti akan ada pro dan kontranya dengan pengumuman yang telah dibuat. Tapi korang kena faham maksud "LOCKDOWN" Yang aku tulis ni bukannya sekatan terus sebagaimana yang mungkin korang faham atau ikut maksud kamus.

Tindakan kawalan pegerakan ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita bertujuan untuk mengawal wabak covid-19 ini. Korang masih lagi boleh keluar untuk pergi bank ke, pergi beli barang, atau dengan kata senang lagi untuk urusan kita. Korang jangan pulak panik, risau atau sebagainya hingga la berlaku seperti semalam yang mana ramai orang membeli barang makanan untuk buat simpanan.


Pada pandangan aku la aku akan ambik dari segi positif dengan apa yang akan berlaku dalam masa kawalan AKA Lockdown ni. Aku hanya mampu berdoa dan berharap dengan cara ni, covid-19 akan dapat di kawal.

Aku dan korang semua harap dapat menjaga kesihatan diri dan keluarga dalam masa kawalan ini.

Covid-19 : Malaysia Lockdown?

Terkejut aku bila buka Facebook je ada berita pasal Malaysia lockdown. Rasanya aku tengok berita tadi takda pulak berita tergempak ke atau berita khas pengemuman daripada Perdana Menteri pasal Malaysia lockdown.

Dah la Kementerian Kesihatan dah keluar statistik terkini ( 15 march 2020 ) bilangan yang terkena covid-19 makin meningkat. Dan Malaysia sekarang Negara ASEAN mempunyai bilangan mereka yang terkena covid-19 tertinggi.

Panik la kejap, risau dan bimbang tak payah cakap lagi la terasa. Bila aku refresh semuanya Facebook aku rupa-rupanya cerita pasal Malaysia lockdown tu PALSU. Aduhai, lega kau. 

Gila kau tak lega, aku tak boleh nak bayangkan jika Malaysia ni betul-betul LOCKDOWN. Korang nak ke? Aku memang tak la. Aku tengok negara yang kena lockdown pasal wabak covid-19 seksa gila kau hidup macam tu. Tapi jika la Malaysia memang tak boleh nak elak jugak terpaksa LOCKDOWN jugak, aku Dan korang terima la dengan redo je la ye. Demi kebaikan bersama.

Sekarang punya cerita sama-sama la kita berdoa moga wabak covid-19 ni dapat penawarnya. Pihak yang berwajib jugak aku tabik spring mereka siang malam berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah wabak covid-19.