Showing posts with label menteri. Show all posts
Showing posts with label menteri. Show all posts

Sunday, 21 June 2020

Bekalan Elektrik Percuma Untuk Pengguna Domestik.


Semalam Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah telah umumkan seramai 4 juta pengguna domestik yang mana penggunaan di bawah 300kWj atau RM77 akan menerima bekalan elektrik percuma selama 3 Bulan iaitu bulan April, Mei, dan Jun 2020.

Bagi mereka pengguna domestik di mana penggunaan melebihi 300kWj akan menerima potongan sebanyak RM231 atau RM77 sebulan selama 3 Bulan iaitu bulan April, Mei, dan Jun 2020. 

Ini selaras dengan apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dibawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.


Persoalannya sekarang adakah ia membantu kepada pengguna? Kenapa aku tulis macam ni? Seperti yang korang tahu, dalam beberapa hari yang lepas heboh dan menjadi viral dengan bil yang telah diterima para pengguna.

Monday, 16 March 2020

Covid-19 : Dengan Rasmi Malaysia "LOCKDOWN"

Hari ni 16 march 2020 tepat pukul 10 malam Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat pengumuman bagi tindakan perintah kawalan pegerakan yang bermula pada 18 - 31 march 2020.





Pengumuman ini jugak dengan kata lainnya LOCKDOWN bagi Malaysia. Semalam aku ada postkan pasal LOCKDOWN ni tapi tak sangka "LOCKDOWN" ni betul-betul terjadi. Biasa la pasti akan ada pro dan kontranya dengan pengumuman yang telah dibuat. Tapi korang kena faham maksud "LOCKDOWN" Yang aku tulis ni bukannya sekatan terus sebagaimana yang mungkin korang faham atau ikut maksud kamus.

Tindakan kawalan pegerakan ini yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita bertujuan untuk mengawal wabak covid-19 ini. Korang masih lagi boleh keluar untuk pergi bank ke, pergi beli barang, atau dengan kata senang lagi untuk urusan kita. Korang jangan pulak panik, risau atau sebagainya hingga la berlaku seperti semalam yang mana ramai orang membeli barang makanan untuk buat simpanan.


Pada pandangan aku la aku akan ambik dari segi positif dengan apa yang akan berlaku dalam masa kawalan AKA Lockdown ni. Aku hanya mampu berdoa dan berharap dengan cara ni, covid-19 akan dapat di kawal.

Aku dan korang semua harap dapat menjaga kesihatan diri dan keluarga dalam masa kawalan ini.

Monday, 9 March 2020

Barisan Menteri baru di bawah PM ke 8


Hari ni hari yang bersejarah dimana barisan para Menteri baru telah di umum secara rasmi oleh Perdana Menteri kita yang ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yasin.Para menteri baru ini telah mendapat berkenanan Agung.


Ini adalah senarai Menteri baru yang akan menjalankan tugas-tugas mereka di bawah PM yang ke 8.


Dan yang pasti pada pandangan aku la, kehadiran Mufti Negara kita iaitu Dato Seri Dr. Hj Zulklfi Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal Ehwal Agama memperkukuhkan lagi barisan kabinet Menteri yang baru ini.

Apa yang aku tengok dengan Menteri baru ini, semuanya mewakili parti dan seimbang. Aku harapkan dengan barisan Menteri baru yang dilantik, negara kita akan makmur, aman Dan maju.

Saturday, 29 February 2020

Tan Sri Muhyiddin Yasin PM Malaysia ke-8


Tahniah Malaysia dan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin diatas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-8. Tahniah sekali lagi  untuk Malaysia serta rakyat khususnya.


Pelantikan ini diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Paduka Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin sebentar tadi.

Aku berharap kemelut politik yang berlaku selesai dengan kenyataan ini. Aku jugak berharap semua pihak dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka.

Sumber sinar harian

Follow my blog with Bloglovin

Thursday, 27 February 2020

Patah tumbuh hilang berganti...

Aku pun tak tahu tiba-tiba je time macam ni aku nak menulis, mungkin tenaga terlebih kot. Bila dah tidur terlebih macam ni la jadinya, mata pun rasa tak ngatuk. Tadi aku dah cuba tutup mata, golek sana golek sini tak jugak tidur. Alih-alih aku ambik Tel aku ni buat la apa yang patut.

Tip tup aku buka Twitter, kasihan jugak aku bila baca twit pak-pak menteri yang disingkirkan dengan naiknya kerajaan baru ni. Korang jangan harap ye aku nak ulas pasal politik ye.

.                 Gambar google

Bak kata orang lama PATAH RUMBUH HILANG BERGANTI, tu Yang dapat aku katakan la sekarang. Pak-pak menteri yang disingkirkan usah lah bersedih, anda telah buat kerja anda maka berehat la. Usah la bersedih nikmati lah dengan apa yang telah anda dapat.

Yang baru dan yang akan berkhimat jalan kan la tugas anda dengan jujur Dan berhemah sebagaimana yang rakyat telah berikan mandat.