Semalam Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah telah umumkan seramai 4 juta pengguna domestik yang mana penggunaan di bawah 300kWj atau RM77 akan menerima bekalan elektrik percuma selama 3 Bulan iaitu bulan April, Mei, dan Jun 2020.
Bagi mereka pengguna domestik di mana penggunaan melebihi 300kWj akan menerima potongan sebanyak RM231 atau RM77 sebulan selama 3 Bulan iaitu bulan April, Mei, dan Jun 2020.
Ini selaras dengan apa yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dibawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.
Persoalannya sekarang adakah ia membantu kepada pengguna? Kenapa aku tulis macam ni? Seperti yang korang tahu, dalam beberapa hari yang lepas heboh dan menjadi viral dengan bil yang telah diterima para pengguna.
Anggaran atau kata lainnya cas yang melampau telah dikenakan kepada pengguna semasa PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ), alasan yang dikeluarkan oleh pihak TNB ( Tenaga Nasional Berhad ) tiada pekerja menjalankan kerja membaca meter.
Apa yang mampu aku tulis aku dan korang hanya mampu mengeluh je. Dan mempersoalkan dengan cas bil elektrik yang kita dapat, walaupun ada program bayar ansuran tapi bayar tetap bayar. Apa yang aku tengok cara penyelesai oleh pihak TNB bak kata orang tua hanya lepas batuk di tangga je.
Iye la aku dan korang sebagai pengguna bayar je la seperti biasa, nak marah atau kecewa pun hanya mampu luahkan kat Facebook je kan. Korang jangan pulak tak bayar bil elektrik korang nanti lain pulak ceritanya. Aku pun kena ingat jugak 😁.
No comments:
Post a Comment