Showing posts with label Agung. Show all posts
Showing posts with label Agung. Show all posts

Monday, 9 March 2020

Barisan Menteri baru di bawah PM ke 8


Hari ni hari yang bersejarah dimana barisan para Menteri baru telah di umum secara rasmi oleh Perdana Menteri kita yang ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yasin.Para menteri baru ini telah mendapat berkenanan Agung.


Ini adalah senarai Menteri baru yang akan menjalankan tugas-tugas mereka di bawah PM yang ke 8.


Dan yang pasti pada pandangan aku la, kehadiran Mufti Negara kita iaitu Dato Seri Dr. Hj Zulklfi Mohamad Al-Bakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal Ehwal Agama memperkukuhkan lagi barisan kabinet Menteri yang baru ini.

Apa yang aku tengok dengan Menteri baru ini, semuanya mewakili parti dan seimbang. Aku harapkan dengan barisan Menteri baru yang dilantik, negara kita akan makmur, aman Dan maju.

Wednesday, 26 February 2020

Aku suka tengok situasi ni


Dalam kemelut politik sekarang ni macam-macam pekara yang tak terjangka berlaku. Iye la baik pilihanraya yang lepas sampai la sekarang. Yang menjadi mangsa kita rakyat maheran ni la. Yang pasti akan ada la janji-janji baru pulak.

Aduhai, aku sebenarnya malas nak memang tak nak ulas pasal politik ni. Cukup la aku hanya ambik tahu je, bab yang lain biar mereka yang pakar dan mereka yang tahu je buat kerja. Aku senang je cukup masa jika mereka tak boleh buat kerja pilih je yang lain.

Aku nak kongsi dengan korang gambar yang aku rasa jarang kot begini yang berlaku kat Malaysia, seingat aku la. Mungkin boleh buat kenangan dan mungkin sejarah kot. Iye la apa yang berlaku di pintu Istana Negara. Gambar ni aku ambik kat Internet ye.