Showing posts with label negeri. Show all posts
Showing posts with label negeri. Show all posts

Sunday, 27 September 2020

Bila Nafsu Lebih Diutamakan

Bagaimana korang hari ni harap semuanya dalam keadaan baik dan ok ye. Semalam hari yang amat penting bagi seluruh rakyat Malaysia dah selesai dengan jayanya dan keputusannya pun dah kita semua ketahui. Aku nak ucapkan tahniah kepada seluruh warga Sabah atas kejayaan memilih pemimpin baru untuk mentakbir negeri Sabah. Kepada yang kalah itu dah jadi lumrah dalam adat pertandingan. 

Aku bukan la jenis yang fanatik dalam politik walaupun dulu aku begitu tapi sekarang tak lagi. Dan tak salahkan untuk aku ambik tahu apa yang berlaku dalam mahupun kat luar negara kita ni sebab itu sebagai pengetahuan untuk aku.

Apa yang nak aku tuliskan disini adalah ketidak kepuasaan hati aku sebagai individu rakyat Malaysia serta hak untuk aku bersuara walaupun siapa la aku ni dan aku bukannya nak cari nama tapi sekadar aku nak luahkan apa yang terbuku dihati.

Friday, 22 May 2020

Yang Di Larang Tu Yang Di Buat


Pertama kali korang baca pada gambar tu apa yang bermain dalam fikiran korang? Adakah ia biasa je pada korang atau ada sesuatu yang akan mendatangkan gangguan pada fikiran korang?

Sebab apa aku kongsi gambar tu kat korang dan kepada mereka yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni adalah untuk sama-sama kita fikirkan.

Pertama kali aku tak suka dan lebih tepat lagi aku tak setuju dengan cara beliau tulis, jika ikutkan memang niat beliau baik tapi cara tu kurang sesuai. Sepatutnya beliau tak boleh la khusus hanya satu negeri he. Aku bukan nak backup sebab aku bukannya pun orang yang lahir kat negeri penulis tu tulis.

Pada pandangan aku itu dah jadi rasis negeri dah. Fokusnya pada negeri sedangkan yang berjuta orang kerja kat bandaraya di Malaysia ni semuanya asal dari negeri yang berlainan. Dan bila je musim perayaan atau cuti sekolah, mereka yang bekerja di bandar akan balik ke kampung setiap negeri mereka.

Friday, 24 April 2020

Buat Baik Kena Kecam, Buat Jahat Lagi La Dikecam

Alhamdullilah dah selasai dah kita jalani ibadah puasa kita hari ni. Macam mana puasa korang ada kelainan ke puasa korang tahun ni? Pada aku sama je seperti tahun-tahun yang lepas tapi yang beza pun hanya takda bazar ramadan je la sebab sekarang ni kita kena patuh arahan PKP.

Apa yang nak aku tulis adalah tentang padangan aku tentang kisah viral sekarang ni. Aku bukan nak tegakkan benanng yang basah, tapi aku punyai hak untuk aku bersuara selagi tak melanggar undang-undang negara Malaysia.

Aku sedih dengan apa yang berlaku dengan orang yang buat baik ni. Kena marah dan kena kecam puncanya hanya kerana kerata mewah dan tak memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri.

Terus terang aku katakan aku rasa jijik mereka yang berilmu dengan mengeluarkan kata-kata yang aku boleh tuliskan kat sini sebagai 'low standard '. Engkau orang yang berilmu tapi cara dan tindak tanduk kau bagai orang tak berilmu.

Aku jugak hairan sebelum adanya kisah yang dah jadi viral ni takda pulak muncul muka-muka yang berlagak suci ni. Sesetengah mereka yang buat baik ni dah lama buat kerja kebajikan dengan memberikan sumbangan dan pertolongan ni. Bukan sebab terwujudnya wabak covid-19 dan arahan PKP baru muncul orang baik ni. 


Aku bukan nak kata tiada mereka yang berkepentingan Dan mereka yang mampu yang tiada dalam buat pekara baik. Mereka ni ada dan mereka memang buat pekara baik dalam membantu dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Tapi aku lebih suka kepada mereka yang bukan mengharapkan bantuan orang lain untuk memberikan sumbangan. 

Aku kongsi kan tuliasan daripada insan yang baik tapi...


Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat. 

Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.

Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.

Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. 

Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.