Sunday, 27 September 2020

Bila Nafsu Lebih Diutamakan

Bagaimana korang hari ni harap semuanya dalam keadaan baik dan ok ye. Semalam hari yang amat penting bagi seluruh rakyat Malaysia dah selesai dengan jayanya dan keputusannya pun dah kita semua ketahui. Aku nak ucapkan tahniah kepada seluruh warga Sabah atas kejayaan memilih pemimpin baru untuk mentakbir negeri Sabah. Kepada yang kalah itu dah jadi lumrah dalam adat pertandingan. 

Aku bukan la jenis yang fanatik dalam politik walaupun dulu aku begitu tapi sekarang tak lagi. Dan tak salahkan untuk aku ambik tahu apa yang berlaku dalam mahupun kat luar negara kita ni sebab itu sebagai pengetahuan untuk aku.

Apa yang nak aku tuliskan disini adalah ketidak kepuasaan hati aku sebagai individu rakyat Malaysia serta hak untuk aku bersuara walaupun siapa la aku ni dan aku bukannya nak cari nama tapi sekadar aku nak luahkan apa yang terbuku dihati.

Korang pun dah sedia maklumkan dalam 3 hari ni kes baru covid-19 naik boleh dikatakan ia begitu berjaya sekali. Dan yang pasti kebanyakan kes baru baru tu datangnya dari Sabah. Aku rasa sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku.

Aku bukan sedih sebab mereka yang terkena dengan virus ni tapi aku sedih serta kecewa atas kerajaan kita sendiri tak bertegas dan seperti ambik tindakkan senang je dengan apa yang berlaku. Kenyataan yang di beri oleh Menteri Kanan Keselamatan hanya akan pantau atas kerena pilihanraya negeri yang nak diadakan.


Terus terang aku katakan KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia ) baik tak payah ada peranan jika dilihat pada senario semasa. Dah la kesusahan para frontliner kita yang menjalankan tugas untuk membendung covid-19 ni tapi jika pihak yang berkuasa tidak tegas maka sia-sia la usaha selama ni.

Iye la bapak ketam nak suruh anak ketam jalan lurus memang tak la kan. Sebab kepimpinan melalui teladan hanya jadi cogan kata je la bukan dihayati pun.

Nak lihat dulu baru bertindak entah lah susah dah aku nak tulis jangan nanti nasi dah jadi bubur dah lah. Aku rasa waktu kita dalam PKP ( Perintah Kawalan Pegerakan ) dah banyak jadikan pengajaran kepada kita kita tak kira la apa pun status korang. 

Cuma sekali lagi KITA JAGA KITA je la yang mampu kita buat sekarang ni.

No comments:

Post a Comment