Buku ULU YAM DI LIVERPOOL- membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Bacalah dari hati kerana ini cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda. Cerita untuk dikongsi bersama.
Aku memang suka buku trevolog tak kira la siapa pun penulisnya kerana di dalamnya terdapat bermacam-macam cerita yang ditulis oleh penulis untuk dikongsikan bersama pembaca. Baik kisah hidup, cabaran serta motivasi.
Begitu jugak la dengan buku yang aku kongsikan dengan korang kali ini. Dah lama dah aku nak dapatkan serta nak baca buku ULU YAM DI LIVERPOOL ni. Baru sekarang aku dapat miliki dan membacanya.
Alhamdullilah aku dapat habiskan bacaan buku ini. Apa yang dapat aku tuliskan tentang buku ni, iye memang tak memboringkan sewaktu membacanya. Dengan bahasa yang ditulis memang senang untuk kita faham apa yang nak di sampaikan oleh penulis.
Buku ULU YAM DI LIVERPOOL ini bermula dengan penceritaan penulis dari kisah kanak-kanak beliau, kisah tempat beliau di besarkan, kehidupan beliau waktu persekolahan hingga la ke alam pekerjaan. Diteruskan lagi kisah percintaan, perkahwinan serta penghijrahan beliau ke Liverpool.
Buku ULU YAM DI LIVERPOOL ini jugak mengajar kita bagaimana tanggungjawap seorang lelaki, seorang anak serta jugak seorang suami. Serta tak kisah peranan seorang isteri sebab itu orang moden sekarang cakap " setiap kejayaan lelaki pastinya dibelakangnya ada seorang perempuan".
Penulis jugak menulis serta mengajar kepada pembaca beliau usahkan lah mencapai impian kita, jangan dibunuh impian yang kita bina disebabkan virus jahat yang cuba memusnahkan impian kita. Lambat atau cepat itu bukan kita yang tentuka tapi yang penting kita berusaha untuk mencapainya. Tapi penulis jugak mengajar jangan kecewa jika impian kita itu gagal walaupun kita dah berusaha.
Apa yang pasti korang kena dapatkan buku ULU YAM DI LIVERPOOL ini untuk korang baca. Aku pasti korang tak akan menyesalnya.
No comments:
Post a Comment