Friday, 21 February 2020

Duit oh duit...kerana kau...


Entah kenapa tiba-tiba aku terpanggil nak tulis pasal duit, aku pun tak tahu apa yang sebenar nak aku tulis pasal duit ni. Adakah aku nak tulis pasal ekonomi negara? Itu bukan bidang aku dan bukan jugak bukan kepakaran aku. Iye la aku ni bukannya belajar tinggi pun hanya SPM je, jadi aku tak akan tulis la ye. Tentang sejarah? Sejarah apa nak aku tulis yang boleh aku kaitkan dengan duit ni? Kalau aku tulis pun nanti lain pulak jadinya. Jadi tak boleh la jugak aku nak tulis.


Gambar google

Apa yang nak aku tulis ni, moga boleh jadi ingatan kat aku jugak sambil tu boleh jugak aku bagi nasihat untuk keluarga aku. Aku ni bukannya baik tapi aku nak jadi baik. Aku nak tulis ni pun sebab benda yang jadi viral baik kat Facebook dan kat Twitter. Tak payah lah nak kau tulis kisah apa yang viral tu kan korang pun dah tahu. Zaman internet ni semuanya kan hanya di hujung jari je.

Sebenarnya bukan sebab kisah viral ni yang jadi penyebab aku nak tulis pasal duit ni, tapi selalu menjadi dalam kehidupan kita dari dulu sampai la sekarang dan hingga akhir hayat dunia kita ni. Sekali lagi aku nak tegaskan aku ni bukan baik tapi AKU NAK JADI BAIK.

DUIT... iye duit sebagai manusia yang normal dan berakal serta waras ni kita tahu apa itu duit, untuk apa duit tu, apa kegunaan duit dan bagaimana kita nak dapatkan duit. Aku rasa tak perlu la aku ulas panjang lebar asal apa tu duit ye. Korang boleh cari sendiri kat internet DUIT ni ye.

Apa yang nak aku tulis untuk aku sendiri jugak sebenarnya, kekadang aku rasa boleh tulis jugak la manusia ni boleh jadi gelap mata. Maksud aku, manusia ni boleh jadi gila, atau kata lain manusia boleh jadi tak normal dengan duit ni. Sebab duit, manusia boleh jadi macam haiwan dah lupa siapa kita ni yang namanya manusia. Tak kira la bangsa apa, warna kulit, mahupun agama semua akan jadi tak normal pasal duit. Baik aku ataupun korang. Aku bukan nak tuduh korang la, dengan aku pun termasuk.

Aku minta maaf kalau korang rasa kurang faham apa yang aku tulis ni. Macam ni pasal duit ni manusia boleh membunuh, manusia boleh menipu, manusia boleh jadi lupa diri dan banyak lagi la boleh kait kan dengan duit ni. Iye aku akui takda duit manusia boleh gila, nak fikir pun jadi tak berapa betul. Sebab aku sekeluarga pernah rasa, nak lagi jika kita ada hutang lagi la boleh jadi gila dan stress. Bila dah stress mula la nak jadi pemarah, mana taknya otak dah tak boleh nak berfikir dengan baik. Yang paling sedih orang kat sekeliling kita jadi mangsa kita la, siapa la kalau bukan keluarga.

Dan kesudahannya keluarga jadi porak peranda, baik suami isteri mahupun anak. Masing-masing dah tak kenal antara satu sama yang lain. Aku nak tulis lagi pun takut, iye la aku mintak jauh semua tu terjadi. Aku ni bukan baik, tapi AKU NAK JADI BAIK.

Manusia bukan semua macam tu ada yang tak lupakan diri dengan duit ni, cuma boleh dikatakan manusia bermasalah lebih ramai. Aku tabik spring dengan manusia masih sedar diri jika cerita tentang duit. Iye la, manusia masih tahu duit ni bukan hanya untuk mereka je. Duit ni mereka tahu sebab mereka kena kongsi. Duit ni lebih diperlukan pada mereka yang memang memerluka dan boleh menjadi wajib kepada mereka. HARAM jika manusia yang sedar ni mengambil duit tanpa kebenaran atau yang memang di telah nyatakan sejelas-jelasnya baik dari segi hukum mahupun undang-undang.


No comments:

Post a Comment