Terus terang aku kata kata kan kali ni aku betul-betul kecewa dengan FOODPANDA, entah la aku betul-betul tak boleh nak boleh nak move on dengan FOODPANDA ni. Sebelum ni aku guna cash on delivery je dengan FOODPANDA ni, hari tu cash takda jadi aku guna la cara bayar secara online. Tapi macam ni la pulak jadinya. Aduhai memang terus aku membabikan FOODPANDA ni.
Maaf la ye, intro tak nak berapa nak baik aku tulis kali ni. Aku bukan apa kali ni aku betul-betul marah.Hari ahad hari tu dalam 16hb Feb, aku ada la order makanan kat FOODPANDA, bukan satu tapi 2 order yang aku buat kat App FOODPANDA ni dan yang bestnya kawasan sama kedai makan je yang berlainan. Nak kata salah aku, alamat dah betul cuma GRS rider FOODPANDA je yang silap. Rider dah telefon aku kata boleh tapi rider suruh aku perbetulkan GPS untuk rider diorang untuk hantar makanan. Yang buat aku hairan satu order makana aku sampai dengan selamat, yang satu lagi tu tup tup cancel.
Yang aku tak tahan tu pihak FOODPANDA yang cancel kata alamat aku pulak tak betul. Ok la, takpa sebab FOODPANDA kata nak pulangkan duit aku balik, Katanya la ikut daripada Email yang diorang hantar. Jadi aku buat order baru makanan yang sama tapi kali ni kawasan kedai lain pulak, alhamdulillah selamat sampai. Tutup la kes aku hari tu.
Semalam FOODPANDA kata tak boleh nak pulangkan duit aku, diorang ungkit balik pasal alamat aku yang salah tu jadi apa lagi terus aku membabikan FOODPANDA la. Apa lagi aku balas la email diorang tulis balik dan ceritakan semula apa yang terjadi pada hari tu. Akhirnya diorang balas email aku dan kata aku kena tunggu keputusan daripada mereka. kalau la aku tahu macam ni baik hari tu aku cakapa rider tu hantar je. Tapi aku fikir aku tak nak la kemudian hari mendatangkan masalah pada rider tu. Aku memang bengang gila, ingatkan aku nak dajjal kan FOODPANDA ni tapi kesiankan rider pulak. Iye la yang jadi masalah rider bukan syarikat.
Ini Order yang aku buat
Ini pulak kata order aku yang cancel
Bila aku tulis aku membabikan FOODPANDA ni kat Facebook aku, ada yang membalas dan katakan mereka juga menjadi mangsa seperti aku. Kata mereka duit yang diorang janji tu memang hangus la jawap ye. Iye la berbulan berbalas email tapi duit tak dapat jugak, aduh bila baca komen macam tu nak tak nak aku berserah je la. Dah bukan rezeki aku nampaknya.
Apa yang aku terkilan jika la macam ni cara FOODPANDA, memang senang la diorang ambik duit orang guna cara ni. Jika RM40 seorang diorang ambik cara macam tu banyangkan la jika 100 orang berapa diorang dapat?
No comments:
Post a Comment