Sebenarnya aku sendiri tertanya-tanya betul ke aku ni nak tulis kat blog aku ni. Iye la apa pro dan kontra nya nanti bila aku tulis. Tapi aku rasa selagi tak salah dan melanggar undang-undang tak akan menjadi kesalahan.
Sebenarnya apa yang aku tulis ni adalah rintiktan kepada majlis kenduri kahwin yang aku pergi pada hari sabtu 4 Julai 2020 tempoh hari. Tapi aku minta maaf gambar majlis kahwin tu takda aku lupa nak ambik 😁 jangan marah ye.
Memang kita semua tak boleh nak elak dan memang kena hadapinya dengan gaya hidup kita dalam era norma baharu sekarang. Kehidupan kita dah tak sama macam kehidupan yang sebelum ini, kehidupan norma baharu sekarang kena patuh pada SOP.
Semalam 5 Julai 2020 di kaca TV iaitu TV3 ada jugak membawa tentang kepatuhan kita dengan SOP ni. Jika di lihat daripada berita yang disiarkan dalam di TV3 boleh dikatakan ia gagal dalam kita mematuhi SOP ini.
Tapi kegagalan ni bukan sepenuhnya, masih terkawal. Biasa la bila dah ramai orang keluar dan menuju ke tempat yang telah di benar oleh kerajaan maka kita la yang kena KITA JAGA KITA. Berjaya atau tak kita jugak yang tentukan.
Aku bukan nak cari siapa salah atau siapa yang betul cuma untuk ingatan aku dan juga korang dengan SOP ni. KITA JAGA KITA itu slogan yang selalu kita lihat atau dengan baik dalam media cetak atau media elektronik, tapi sejauh mana KITA JAGA KITA ni.
No comments:
Post a Comment