Konsprasi dan perebutan kuasa dalam sistem raja itu yang dapat aku tulis sebagai mukadimah aku untuk review movie aku kali ni. Penyedap rasa untuk bagi movie/ drama ni adalah aksi peperangan yang dipaparkan dan tak lupa jugak tambahan rasa seram dan ngeri yang ada dalam movie/drama kingdom.
Terus terang aku katakan secara tak langsung aku belajar sejarah Korea bila tengok movie/drama genre macam ni. Iye la walaupun ada kalanya terdapat unsur yang tak masuk akal atau kata lain tahlul dan fantasi tapi nilai sejarah tetap ada.
Aku pun suka tengok cara kehidupan mereka pada era pemerintahan diraja diaorang. Bagaimana perjalanan hidup baik daripada raja-raja hingga la ke rakyat biasa orang Korea waktu masa itu.
Kingdom atau pun kingdeom ini diadaptasi dari seri web komik dengan tajuknya kingdom of the gods. Sebuah drama Korea yang mana ditayangkan di Netflix dalam 2 musim yang mana setiap musim mempunyai 6 episod. Drama ni gendre zaman sejarah,politik,seram dan ngeri.
Kisah Kingdom ni bermulanya ketika Joseon selepas beberapa tahun pencerobohan jepan pada tahun 1592- 1598. Putera Mahkota Lee Chong menjalankan siasatan tentang penyebaran wabak penyakit misteri. Disamping tak dibenarkan untuk berjumpa dengan ayahanda beliau yang sakit iaitu Raja Joseon.
Konsprasi dan perebutan kuasa bermula dengan rancangan yang telah di atur oleh Ketua Dewan Negara Ryu Seung-nyong iaitu bapa kepada permaisuri Cho.
Dalam menyelesaikan masalah tentang penyebaran wabak penyakit mesteri ini telah membawa Putera Mahkota Lee Chong bersama dengan pembantu peribadi beliau Mu-yeong ke wilayah selatan GyeongSeng. Daripada situ la bermulanya...
Apa yang bermulanya tu korang kena la cari dan tengok drama Korea ni. Kan aku tulis detail jalan ceritanya kan takda 'fell' la, betul tak? Apa yang pasti korang akan seronok layan jika korang suka cerita yang gendre macam ni.
No comments:
Post a Comment