Alhamdulillah pada 2 Ogos 2020 majlis perkahwinan adik bongsu aku selesai dengan jayanya, walaupun penat aku bersama dengan adik-adik aku yang lain berpuas hati terutama bila melihat wajah ceria kedua orang tua.
Dengan ini dalam keluarga aku dah takda dah la majlis kahwin kan 😁. Dan majlis kahwin kali ni majlis yang boleh aku katakan akan menjadi kenangan untuk aku sekeluarga.
Untuk majlis kahwin adik bongsu aku masih tetap dibuat secara gotong royong, bukan tak nak guna khidmat katering tapi orang tua aku lebih suka lagi dengan cara gotong royong. Iye la dengan cara ni kemesraan setiap ahli keluarga dan saudara mara akan bertambah.
Baik daripada segi penyedian bahan untuk masakan hingga la masak lauk untuk kenduri semuanya dibuat secara gotong royong.
Waktu kenduri alhamdulillah para tetamu tetap mengikuti SOP yang kerajaan telah tetapkan. kita jaga kita walaupun hari kenduri tu hari untuk hari kegembiraan tapi SOP tetap tak dilupakan.
Aku doakan moga perkahwinan adik bongsu aku ni akan kekal ke Jannah Amin.
No comments:
Post a Comment