Mula hari ni la para ibu dan bapa mula pening...
Itu la keluahan yang akan selalu akan dengar bila anak-anak mereka yang bersekolah mula cuti. Iye la kepada keduanya yang bekerja sedikit sebanyak akan mendatangkan masalah kepada mereka iaitu para ibu bapa.
Mana tak nya mereka akan memikirkan jalan penyelesaian untuk anak mereka dalam menghabiskan waktu cuti sekolah ni. Kepada mereka yang ada baki cuti tahunan tu boleh la digunakan untuk berjalan atau balik kampung tapi tu pun kena ikut giliran.
Bagi mereka yang takda cuti tu ini la yang memeningkan kepala. Bagi ibu bapa yang ada anak yang dah sekolah menegah tu ringan la beban yang mana anak yang besar boleh tolong kawal adik-adik diorang. Yang mempunyai anak yang kecil nak tak nak kena la cari pengasuh, nak di eksportkan ke kampung tak berbaloi sebab cuti penggal ni pun pendak je.
Aku nak tolong pun tak tahu macam mana, aku boleh katakan dan tuliskan banyak-banyak la bersabar. Aku bersyukur la masalah macam tu tak ada la bukannya takda masalah langsung ye, cuma aku tak perlu memikirkan untuk cari pengasuh untuk jaga anak aku sorang ni bila waktu cuti sekolah.
Dengan aku dan orang rumah aku yang boleh dikatakan kerja hanya daripada rumah je, masalah anak bila cuti sekolah selesai. Aku cuma terkilan je la bila cuti sekolah ni aku tak dapat nak bawak anak aku berjalan je.
Walaupun terkilan dalam kehidupan kita di era norma baharu ni aku kena pendam jugak sebab wabak COVID-19 masih lagi ada. Kita masih belum bebas daripada wabak COVID-19 dan kita masih berperang. Takpa la biar la anak aku habiskan masa cuti sekolah ni dirumah je.
Korang yang nak bawak anak-anak berjalan atau balik Kampung dipersilakan jangan pulak kata aku melarang pulak ye dan siapa la aku nak halang korang. Cuma nasihat aku ikut SOP yang kerajaan telah tetapkan dan arahkan. Jauhi la ke tempat yang telah di sahkan mempunyai gejala COVID-19 ni. INGAT KITA JAGA KITA.
No comments:
Post a Comment