Buku ni sebenarnya dah kali yang ke 4 dah aku baca dan aku berpuas hati dengan jalan ceritanya. Bagi aku la aku lebih puas membaca bukunya daripada melihat ceritanya yang mana satu ketika dahulu telah ditayangkan. Entah la bagi aku memang tak boleh nak move on dengan jalan ceritanya jika di bandingkan dengan isi buku serta jalan cerita dalam bukunya.
Terus terang aku katakan cerita memang jauh dari cerita dalam bukunya. Ini pendapat aku ye, sebab aku tulis macam ni aku memang tak suka kerana aku dah baca novelnya.
Aduhai panjang la pulak intro, ok la ini ringkasan tentang novel Ayat-ayat cinta versi aku ye.
Tajuk buku : Ayat-ayat cinta
Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Tahun : 2009 ( cetakan ke 12 )
Muka Surat : 510
Kenapa aku membacanya semuanya kerana KETIKA CINTA BERTASBIH. Iye kerana sebab itu la aku telah jatuh cinta dengan novel yang berunsur islamik. Maka dengan itu la aku terus mencari koleksi penulis bukunya. Alhamdullilah novel Ayat-ayat cinta telah aku habis dan khatam dengan selamatnya.
Fahri jejaka dari Indonesia, pelajar Dan menuntut ilmu di university Al Azhar Mesir. Apa yang boleh aku katakan seorang jejaka, pelajar dan manusia yang cukup sempurna. Baik dari segi agama mahupun dalam pelajaran.
100% mengikuti apa yang makruh tinggal kan yang mungkar sebagaimana yang di ajar dalam agama Islam kita. Dan tak langsung jugak mendidik kita dan dapat menambah ilmu agama secara tak langsung.
Bila dijodohkan dengan cucu seorang ulama Mesir yang disegani maka sempurna la kehidupan fahri serta seorang lelaki. Aisha gadis yang sempurna dan suri hati fahri. Siapa sangka jodoh, rezeki itu milik Allah SWT. Fahri boleh dikatakan beruntung selain mendapat isteri yang solehah, cantik malahan seorang jutawan.
Tapi langit tak sentiasa cerah, kehidupan tak akan sempurna tanpa ujian. Maka dengan itu la Fahri diuji dengan fitnah yang telah menjatuhkan diri beliau daripada semulia hingga sehinanya. Bab seterusnya korang kena la kena baca sendiri ye.
Apa yang seronoknya aku seperti memgembara di Mesir. Aku dapat mengenali bagai mana kelakuany penduduknya. Bagaimana kehalusan dan jugak kekasaran peduduk Mesir walaupun bukan semuanya. Apa yang pasti aku berpuas hati.
No comments:
Post a Comment